Friday, July 29, 2011

Isu Perkauman kini akan jadi Isu Besar

Ini isu kepada mereka yang berkenaan!!

Perkauman!.. Ya,sebagai rakyat Malaysia,anda pasti sudah biasa dengan isu ini.. Jangan kata tidak.. Anda mungkin salah satu pelakunya..

Merujuk kepada entri En. Fadzmie di SINI <-sila klik untuk lebih memahami... anda semua pasti tahu apa yang telah terjadi ketika Chelsea Tour Asia dimana Malaysia XI menentang Pasukan Chelsea..


Ya,pemain dari Pasukan Chelsea YOSSI BENAYOUN,di boo oleh hampir 40% isi stadium.. si Aki juga berada di sana pada ketika itu,dan amat kecewa dengan isu itu.. Sangat-sangat kecewa...


Tahukah anda,semalam,pihak pengurusan CHELSEA telah membuat komplen terhadap Malaysia FA bagi isu itu.. sila lihat di SINI <-sila klik untuk lebih memahami.. Persoalannya,perlukah isu yang melibatkan PERBUATAN PENONTON,maka pihak MALAYSIA FA yang menanggung akibatnya??

Hanya kerana Benayoun berasal dari Israel,maka beliau harus diBOO?? Adakah anda suka,hanya kerana status bangsa,atau agama anda,anda yang tidak bersalah,menerima akibatnya??

Kalau anda betul2 sefanatik itu,memboikot segala yang berkaitan dengan Israel atau Yahudi,maka,anda harus menutup akaun FACEBOOK anda!! Ya,FACEBOOK,website ranking no 2 di dunia menurut Alexa Web Ranking,adalah ciptaan Mark Zuckerberg yang berbangsa Yahudi!!.. apa?? anda tak tahu?? so,BIG LOL for U..



Ingatlah,
Bukan semua Yahudi itu Jahat,
Bukan semua Islam itu Pengganas,
Bukan semua Kristian itu Penindas..
                               -timvsaedlex-

Maka,fikir2kanlah semua kita.. Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.. Jangankan kerana benci terhadap sesuatu terlalu fanatik,sehingga orang lain yang menanggung akibatnya..

-Jika anda ingin mencaci atau memaki orang lain,atas kesalahan yang mereka,atau bangsa mereka,atau agama mereka perbuat,PASTIKAN,anda,orang bangsa anda,penganut agama anda juga tidak membuat satu pun kesalahan-

Jika anda sedar dengan situasi itu,maka,seharusnya,tiada isu menghakimi kita sesama manusia.. Jadi,serahkanlah isu menghakimi manusia itu,kepada yang lebih layak iaitu Tuhan kita.. Ingatlah,menghakimi sesama manusia itu,meletakkan anda sebaris dengan Tuhan,yang mana,kita sebagai manusia,sama sekali TIDAK LAYAK.. Hiduplah sebagai MANUSIA seadanya..



Aki : Kenapa manusia harus ada perasaan EGO yang terlampau?? T_T

by ©eXYanne Collection

Related Post



15 hacking script:

Nana Eddy said...

Sorry to say,Malaysian tend to have very bad manners when they are in a crowd. Memang segelintir je yang rosak, tapi bila datang dari satu belanga, mmg semualah yang nampak rosak.
Masa Malaysia vs Singapore pun sama. diorang boo national anthem org, baling botol sesuka hati. Macam tak pernah belajar adab je... Mentality zero.

beaty said...

yeah setuja sama nana cakap aki..

sa pun tidak suka la ni aki ..masalah perkauman memang sangat lah parah ni kalau d sini..

Unknown said...

iya.. sy setuju.. manusia2 jenis ni.. perasan perfect.. fanatik & nda matang..

Fadzmie said...

Hoho. Pasal ni pula yang ko tag ni, Aki. I like! Haha.

Menjawab persoalan ko di atas tu, ya, memang FAM yang kena tanggung akibatnya. That's the law. Macam kelab2 bola di liga besar dunia macam EPL, Seria A, La Liga, Bundesliga, kalau ada supporter mana-mana club ada buat masalah (racism mcm ni ka, atau gaduh2), memang club management diorang yang kena tanggung akibat dia. Ada yang kena ban dari guna home stadium, ada yang kena denda duit.

So, overall, memang saya setuju sangat tu kalau FAM kena hukuman oleh FIFA. Bukan sebab saya tida suka FAM, tapi bila benda macam ni jadi, baru FAM boleh gubal new law untuk banteras racism ni. Tengok la macam mana nanti. Tu pun kalau FAM already learn it's lesson la. Haha.

shamyheart said...

ya, setuju dgn nana dan fadzmie.

Malaysian sometimes tak ada adab.

FAM perlu bertanggung jawab. macam la halnya dengan persatuan bola sepak kelantan yg mana tak dibenarkan guna stadium (er tak ingat stadium mana, stadium kelantan klu tak silap) apabila berlalu pergaduhan.

.dida mumin♥ said...

Aki...mau tidak mau FAM terpaksa faced the consequene. Lg 1, yg set the minds about yahudismn ialah ..sistem negara kita sendiri..sy bg cth dlm pendidikan: ini kisah benar antara saya & anak buah saya lama dulu, time tu dia darjah 4 balik dr sekolah dia tnya mummy dia napa yahudi jahat? mummy dia cannot answer and she turn to me, i told her that yahudi tidak jahat yg jahatnya ialah Zionis, back to school on d next day, she told her teacher apa yg sy cakap then the teacher marah dia balik. see??

Those people yg BOO-ing show how low mentality they're, they may never learned & realized yg all this time pun they were living with jews things, coke, McD,Nike, Revlon, Facebook...kalau all this taken into accounts they should boo-ing they own self 1st!

timvsaedlex said...

klu terlalu benci Yahudi, janganlah tengo film arahan Steven spielberg: Transformer, super 8, men in black, Zorro.. n bnyk lg la~ layanlahlah ego dlm diri tu..

kay masingan said...

saya x suka perkauman. Isu perkauman boleh melarat dengan cepat pada isu agama pula.
banyak benda2 yang berkaitan dengan Yahudi, tetapi Malaysia tetap guna - FB paling jelas. selalu saya rasa malu sendiri, orang di FB hina Yahudi tapi x sedar platform mereka tu adalah milik Yahudi..
so sekarang dek kerana ketaksuban pada no to Yahudi, satu negara yang tanggung...

Unknown said...

xfaham ngn mentaliti org malaysia ni... dorg x belajar sejarah ka apa?? nabi2 kan ramai dr bangsa yahudi... dorg jahat ka??? bijak lg ada kan.... btul tu aki, x semua yahudi tu jahat... hehee

Abu Bagi said...

setuju dgn kau aki..terbaik la

Yen said...

nice entry aki..sa kasi backlink dlm G+..biar semua org sedar.

nunui Joe said...

"Ingatlah,
Bukan semua Yahudi itu Jahat,
Bukan semua Islam itu Pengganas,
Bukan semua Kristian itu Penindas..
-timvsaedlex-"


*PALING SOKONG!! ^^

aemynadira said...

Betul, sy setuju ngan ko Aki..baru sorg pemain, dorg sudah boo brabis sampai kasi malu negara sndiri ja..pdhl dia came in peace, utk football bukan utk perang or whatever..ni la ni narrow minded punya people..haizzz...

Okayarms said...

Ya la, penonton time tu yang boo memalukan negara sendiri ooo. Chelsea lagi tu, bukan club yang sembarangan datang sini. Bila datang, buat hal pula. Aduis.

Ba sia bangga sia Sabahan, or should I say, Malaysian ;) Tapi sekarang ni, isu racism macam makin banyak taw.

Apa-apa pun, sia suka apa yang ko post ni:
Ingatlah,
Bukan semua Yahudi itu Jahat,
Bukan semua Islam itu Pengganas,
Bukan semua Kristian itu Penindas..

:D Lawa la ko Aki, you da man! Hahaa.

timvsaedlex said...

JANGAN SAMAKAN/KAITKAN SEMUA ORANG ISRAEL DENGAN ZIONIS..
JANGAN SAMAKAN/KAITKAN SEMUA ORG MALAYSIA DGN AL-MAUNAH
JANGAN SAMAKAN/KAITKAN SEMUA ORG PALESTIN DGN HAMMAS
JANGAN SAMAKAN/KAITKAN SEMUA ORG AFGHANISTAN DGN TALIBAN/AL-QAEDAH
JANGAN SAMAKAN/KAITKAN SEMUA ORG VIETNAM DGN KOMUNIS
JANGAN SAMAKAN/KAITKAN SEMUA ORG JAPAN DGN RED ARMY

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..