Wednesday, September 14, 2011

Mari kita Lihat Kebaikan dan Keburukan Berjalan Kaki

*untuk keburukan,sila lihat paling bawah berwarna kuning.. Hahaha..

 si Aki ada membaca sebuah artikel kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelajar dimana mereka diminta untuk melakukan senaman ringan yakni berjalan kaki untuk menguji teori keupayaan senanam tersebut dalam meningkatkan keupayaan memori kita.

Katanya “Walking for 40 minutes a few times a week is enough to preserve memory and keep ageing brains on top form, research shows.”

Kajian menunjukkan bahawa didalam otak terdapat satu bahagian yang berfungsi sebagai penyimpan memori yang akan membesar apabila latihan berjalan kaki itu dilakukan. Kajian ini memberikan satu impak kesedaran yang baik buat warga Eropah atas peningkatan penyakit lupa terhadap golongan masyarakat yang berumur. 

Melihatkan kepada gaya hidup masyarakat yang mulai rileks dan suka kepada segala yang instant, kemungkinan gejala penyakit lupa akan meningkat dan akan memberikan kesan yang besar kepada sosio dan ekonomi.

Perbezaan Senanam Yang Ringan dengan Agak Berat

Kajian dilakukan terhadap 120 orang peserta yang mana separuh diminta untuk berjalan kaki pusing balapan selama 40 minit, 3 hari seminggu manakala sebahagian hanya duduk melakukan senaman ringan seperti stretching. Hasilnya, keluasan kawasan memori meningkat sebanyak 2% bagi yang bersenam agak berat dan turun 1.4% sesuai dengan jangka ketuaan bagi yang bersenam ringan. Professor Kirk Erickson dan rakan-rakan dari University of Pittsburgh, US

Lagi 10 Kebaikan Berjalan Kaki...
  1. Dari penyelidikan Duke University Medical Center, berjalan kaki selama 30minit dalam sehari dapat mengurangkan metabolic syndrome, iaitu salah satu penyebab berlakunya risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan juga stroke.
  2. Menurut Journal of the American Medical Association, berjalan kaki selama beberapa jam dikatakan boleh mengurangakan risiko kanser payudara (nah gadis2.. dengar tu). Kerana ketika berjalan lemak akan berkurangan dan berubah menjadi sumber estrogen.
  3. Menurut National Sleep Foundation, berjalan cepat di waktu petang akan membuatkan tidur kamu lebih nyenyak.
  4. Mengurangakan rasa sakit atau ngilu. Berjalan Kaki secara teratur akan menbuatkan tubuh kamu berasa lebih relax.
  5. Mengurangkan risko kecederaan atau kekejangan otot, serta menjadikan tubuh merasa lebih sihat dan cergas.
  6. Membuatkan kamu bahagia. Dimana ianya membantu mengurangkan stress.
  7. Berjalan kaki selama 90minit selama seminggu boleh membuatkan mood kamu lebih gembira. Dimana tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil ENDORPHIN.
  8. Wanita yang berjalan kaki sejam selama lima hari seminggu, akan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam setahun. ehem ehem..
  9. Awet Muda. Bejalan kaki membuatkan otak kamu menjadi lebih aktif.
  10. Berjalan kaki selama 30minit sebanyak 3kali seminggu dikatakan boleh mencegah dan mengurangkan risiko tulang rapuh.




Aki : Berjalan kaki seawal jam 5.30 pagi selama 40 minit menyebabkan si Aki mengantuk.. Jadi,si Aki tidur dulu sekejap.. Hehehe..

by ©eXYanne Collection

Related Post



16 hacking script:

Niena Pengembara Ilahi said...

pasni kna g keja jln kaki.,takleh naik keta dh hehe..

eh... mana ada inspira.. haritu gmbar demo je hehehehe

beaty said...

dei nanti sa pusing2 d opis la ni mau trip2 jalan kaki ni aki heheh

Atiqah Wadiah said...

6t nk g paris jln kaki lah...heuheuheu :)

Just said...

yg paling sia ingat kan aki.. jalan kaki bikin senang beranak! muahahaha..

kay masingan said...

ok aki ok..p la tidur..

jom jalan kaki ramai2..hehe

Elih Japahar said...

Betul kah ko jalan kaki ni Aki...haha! tapi sy lebih suka berjogging..penat br jalan kaki..

nowriz said...

sy suka jalan kaki dari wawasan plaza sampai ke suria sabah..

:)

~KLaRaPaRiS~ said...

hehe.. kami sini maktab kan Aki, tangga seribu.. huhu

Dida mumin♥ said...

Akidal..
saya mark point no.8 & 9...
patutlah saya rasa saya awet muda saja, rupanya sebab saya memang jalan kaki pergi & balik kerja..hahahah....ok ptg ni, kena double up berjalan kaki lah!

misya mialen said...

aku suka tu no.8.klu gtu,aku jln kaki la pegi sekolah niki..hihi

Etong said...

saya pun mau jln kaki lah pigi ums tiap2 ari..hahaha pingsan terus tu! :)

Gunaqz said...

Yeahh... aktiviti jalan kaki saya si Aki sudah iktiraf di blog dia!

^__^

Fadzmie Mohamad said...

Kalau satu hari tidak jalan kaki jauh-jauh, tapi petang-petang turun pi main bola, tida pa bah kan ging? Bukan malas mau jalan kaki, tapi panas betul bah sekarang ni. Saya jalan kaki sekejap ja di KK ni, terus rasa macam kena panggang hidup-hidup ni. Adui. Haha.

Armstrong said...

Uits, berjalan memang sangat penting especially kepada orang yang jarang exercise suda n jadi bulat hahaa. Macam sia.

Kalo berjalan jauh ka or lama, yang penting ada handphone n ada headphone ;) Sia ok ja tu.

Aemy Shamy said...

that's right..walking is a very good exercise..dlu sy selalu jln kaki rumah-sekolah-rumah..time tu sy jarang sakit ni..tp skrg semenjak ada kemudahan ni, jarang da jalan kaki..& sy selalu sakit..huuhuuu...

Nani said...

patutlah hal2 yg lepas pun aku masih ingat rupanya aku banyak berjalan kaki hehehe.... best bah. masa kerja dulu, hari2 aku kena jln kaki paling kurang 1 km tiap hari. hilang semua selulit di paha hehe... perut pun ada kempis sikitla..

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..