Saturday, August 6, 2011

Bangku Sekolah, Kenangan yang paling best!!

Hi kaki karut!! OK,ini post untuk dibaca seharian pada Sabtu ini (6/8/2011).. Hari tu si Aki ada cerita Zaman Tadika punya stori kan?? Ok,hari ini,cerita pasal sekolah rendah pula.. Hahaha..

Sebelum tu,kepada sesiapa yang sedang mengandung, bakal mengandung, atau berfikir untuk mengandung sila ambil Tips Mengurangkan Rasa tidak selesa semasa hamil.. Dan bagi mereka yang sedang merancang untuk 'membuat anak' anda mungkin harus membaca Petua Mendapatkan Anak!! Hehe.. Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi!! Petua Membesarkan Anak,anda cari di blog lain.. ^_^.v..


Hm,sekolah rendah merupakan masa yang paling best kan?? Semua mesti masih ingat kenangan-kenangan yang ada di Sekolah Rendah dulu kan?? Hehe.. Sangat best.. Sebab masa tu,semuanya baru mula belajar tentang dunia ini.. Paling best,bila bergaduh dengan kawan,5 minit kemudian,jadi kawan balik.. Best tak??

Ok,mari kita melihat hidup si Aki di SK. Melalap, Tenom dari kecil sampailah berbulu.. bagus kalau berbulu sudah..

blok waktu darjah 6.. ^_^. ..

1 Melur
Masa ni,baru pindah tinggal dengan nenek di kampung.. Best.. Banyak kawan baru.. Memang enjoy.. Guru Kelas,Cikgu Jaipah,masih tidak dapat dikesan sehingga kini.. Hari pertama pegi skolah,ada 1 kawan nangis nak balik rumah,padahal belum masuk kelas pun.. si Aki terpaksa mengorbankan kuih pisang pemberian nenek,untuk memujuknya.

Hasil daripada sering mendapat tempat yang kurang baik ketika Zaman Tadika, maka secara tidak langsungnya,si Aki langsung tiada keyakinan ketika peperiksaan di Sekolah.. Hehe.. Namun begitu,tanpa disangka-sangka,si Aki mendapat tempat pertama di dalam kelas,untuk Penggal I dan II.. ^_^.v.. Tahniah Aki..


2 Melati
Guru Kelas,Cikgu Therisa.. masih ada di rumahnya.. ^_^.v.. Still in contact,with anak-anak dia.. Hehehe.. Hm,masa ni,tidak banyak yang dapat dikenang,selain daripada aktiviti mengejek kawan menggunakan nama bapa.. Haha.. Indahnya zaman itu.. si Aki menghafal nama bapa keseluruhan rakan kelas.. dan si Aki beruntung,sebab nama dalam surat kena beranak adalah Rexs Leornard.. Kedua-duanya adalah nama si Aki.. Haha..

Dan untungnya,pada kali ini, si Aki masih mengekalkan kedudukan tempat pertama di dalam kelas dalam peperiksaan sepanjang Penggal I dan II.. Hahaha..


3 Dahlia
Hm,agak banyak yang dilupai waktu ini,tapi,semestinya,penglibatan si Aki dalam pasukan Penangkap Pengakap sekolah,bermula dari darjah 3.. ^_^.v.. Membantu guru kelas Cikgu Zaleha yang juga merupakan guru pembimbing untuk pasukan Pengakap ini di dalam mengajarkan rakan-rakan dalam simpulan-simpulan Pengakap. Ya,si Aki menjadi tutor untuk Simpulan dari umur 9 tahun.. Semua pengalaman,diperolehi dari si Bapa!! ya,dia memang sifu simpulan dan ikatan dalam pengakap daerah

Untuk peperiksaan,pada tahun ini,sekali lagi,si Aki mengekalkan rekod mendapat tempat pertama dalam peperiksaan bagi penggal I dan II.. Haha.. Tiada saingan la konon masa tu..


4 Ixora
Hm,guru kelas,dilupai.. Betul-betul lupa siapa.. Mungkin Cikgu Ismail.. rasanya la.. Ah,masa darjah 4 ni,ada perkara lawak.. si Aki dengan penuh bersemangatnya mengikuti kegiatan kokurikulum di sekolah,sampai tidak sedar,1-1nya bas yang akan balik ke kampung,sudah mengambil semua rakan-rakan lain.. Akibatnya,minta hantar cikgu Ismail balik pada waktu petang menggunakan motor.. Kesian Cikgu si Aki.. Hahaha..

Ok,bab-bab peperiksaan,si Aki dikejutkan dengan perubahan kedudukan di dalam kelas.. masih mengekalkan tempat pertama di dalam kelas pada penggal I,namun pada penggal ke II,rakan yang turut bersama dari kampung si Aki sendiri,Slyvester,merebut takhta si Aki.. hahaha.. Akhirnya ada pencabar..


5 Kemboja
Whoa,yang ini best,masi ingat lagi post Trauma Doktor Gigi??  ah,berus gigi ramai-ramai tu,paling diingati masa ni la.. Hehehe.. Tahun ni juga,si Aki dilantik sebagai pengawas sekolah,penolong ketua pelajar dan juga pustakawan sekolah.. Masa dilantik tu,bukan main bangga,tau-tau,tanggungjawab dia berat.. Lagi pengerusi kelab Chess.. Hm,macam-macam..

Time ni juga,sudah mula mencari-cari pasangan.. Maklumlah,rasa dah besar.. Padahal,umur baru setahun jagung.. Masa ni juga,si Aki mengikuti Kem Jati Diri,yang dijalankan untuk Pelajar-Pelajar Senior,untuk Persediaan UPSR,tapi si Aki layak untuk ikut.. Ketika Kem ini juga la waktu untuk menunjukkan kepakaran memasak si Aki.. Masa tu,hebatlah konon.. Haha..

Untuk Peperiksaan,Penggal I,si Aki masi di kedudukan kedua,bawah Slyvester.. Namun,pada penggal ke II,si Aki kembali membaiki Kedudukan ke tempat pertama.. hahaha.. Nasib baik.. Kalau tak,konform kena rotan..


6 Bestari
Masa ni,Guru Kelas Encik Kamaruddin.. Seorang bekas askar wataniah.. Yang best,Cikgu ni memang sporting.. hehe.. Terbaik!! Masa di awal tahun,si Aki dilantik menjadi Ketua Pelajar sekolah,namun digantikan pada bulan Mei,kerana masalah disiplin,yang si Aki tidak akan share dengan sesiapapun.. Hanya si Aki dan dua Cikgu tu ja yang tahu.. Haha..

Darjah 6 ni,paling best bila Ada 3 Aktiviti sekolah,khas untuk pelajar-pelajar bakal menduduki UPSR..

1st,Kem Motivasi 4 hari 3 malam,di HOTEL PERKASA TENOM!!.. Yeah..  Di hotel.. Masa tu,si Aki dan beberapa kawan lain,dilantik jadi pegawai lif.. Sebab hanya beberapa orang ini yang tahu cara menggunakan lif.. Bila ada beberapa kawan tu sudah tau,bukan main eksaited diorang main turun naik.. Haha..

2nd, Lawatan Sambil Belajar ke Taman Pertanian Lagud Seberang,Tenom. Ada banyak kerja yang diberi oleh Cikgu2

3rd, Kem Motivasi,anjuran UMS.. Yeah.. Tahun 1999.. Siapa graduan ketika itu?? si Aki masi budak hingusan ok.. Hahaha

Bercinta?? Ya,masa tu ada seorang rakan sekelas yang menyukai si Aki,tapi,si Aki tida suka dia.. si Aki suka anak Guru Besar.. Masalahnya,si Aki ni pemalu dan pendiam.. Akhirnya,baru si Aki tau yang dia pun suka si Aki sebenarnya.. hahaha..

Untuk peperiksaan,si Aki terus mengekalkan kedudukan pertama dalam kelas sepanjang penggal I dan II... UPSR.. 4A dan 1C.. C tu,Bahasa English.. Hahaha.. Salah jawapan sebenarnya.. Si Aki tidak paham kehendak soalan masa tu.. Ingat lagi kan,karangan cerita dari 3 gambar yang diberi.. si Aki tida paham tu gambar dia,jadi,MENGARUT la.. Hahaha..

OK SIAP!!

Panjangnya kisah si Aki kan.. Tapi,untuk kenangan-kenagan itu,si Aki ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan si Aki,dan yang paling penting,Cikgu-Cikgu yang telah mendidik si Aki!! Sayang kamu semua!!!

Hm,untuk menguji anda telah membaca sehingga habis,si Aki ada satu soalan..

Pada bulan berapakah si Aki dilucutkan jawatan dari Ketua Pelajar Sekolah?? Hahahahahaha...

Ok,si Aki tau kamu semua sudah baca sampai habis.. Saja ja bergurau.. :-) Happy Sabbath everybody!! si Aki akan berada seharian di Church hari ini OK.. So,sebarang blogstalking tidak dapat dijalankan.. Harap Maaf, Tuhan Memberkati Anda Semua!! ^_^.v..


Aki : Wah,memerah ingatan lalu.. Best juga!! Boleh buat segmen ni.. Hehehe..

by ©eXYanne Collection

Related Post



20 hacking script:

Amiirah-Cassan said...

hahahaha mataiii ingat aa , aku tak ingat ouh , agagaga

nunui Joe said...

Wahh aktifkan ko d sekolah dulu. Ya kami dulu masa budak-budak pun mengijik nama bapa jg tu. Haha. Dulu saya rasa paling banyak kenangan sy buli budak saja. adess. Wah kakak sy sama situasi sama ko. Dia pi staple telinga kawan dia terus kena kasi turun jawatan pi pen ketua pngawas. ahahah. BUlan 5 bah ko kena lucut jwtan kan? hehehehe

Cik Diana said...

wah! byk link.. xtahu nk bace yg maner satu.. hehe.. yg xberkaitan jd mcm nk bace gak.. haha..

lilies.john said...

haooy sabbath aki..... panjang owh... errr... pening2 sy baca.. (nah,kedapatan suda si shery membuka blog urang time sabbath.. haha)

kay masingan said...

Wah aktif kunun si aki..dulu saya pun aktif pasukan pengakap. tapi untuk sekarang simpul manuk saja yang saya ingat dan masih aplikasikan - kanan atas kiri, kiri atas kanan..(begitu kah tu aki?)

saya di ums tahun 1999- 1st year...ala x nampak pun ko aki..kikikikiki. Mesti ko lari sana lari sini di ums time tu kan...

ABU said...

orang tenom pulak kau ni aki..aku ndak pernah sampai tenom lagi tau.. mcam best ja..mesti sejuk awal pagi kan hahaha

beaty said...

wah..tenom mari bh c aki ni..hehehe
aki buli tahan ko ni ingat tu kelas2 semua...

apa pun memang best tau nu kenangan tu...dei sukar d ungkapkan dengan kata2

mi$$ oZja said...

Happy sabbath aki,saya bisuk baru p church.hehe

sy pun pernah men ejek2 nama bapa tu..adess..memang sandi la,mami sy bilang,budak2 memang tia tau hormat urang tua!hahahaha

tiara dryden said...

Astagaaa. rindu zaman sekolah rendah!! Iya. confirm ada main ejek2 nama bapa, pastu kawan pura2 segala. Wakakaka.


Mantap jg Kem Motivasi kamu sn Perkasa. Tp paling manang la tu pegawai lif.Hua3

Tp mcm lain suda kan life budak2 sekolah rendah skrg. Klu sy dulu sm kawan2, siap bgaduh sm lelaki lg berebut area tangki tmpt main jadi2. (yg cikgu marah panjat2, suda la pki pinafore. wahahahahaha).

Yvonne Iman Felicianus said...

macmao siuk mau ingat balik ni zama.okay ada idea mau update belog.thank AKI..tp..nanti2 lah.. hehehe

aKu_aG said...

uiseh....budak pandai ba c Aki ni...balik2 dapat numbur 1....hahaha...

echaRierie said...

wahhh..gila igt bha dia..kalau sa nda igt owh..sikit2 ja..
btw, sa pun dlm ranking begitu dlm exam tp sekali darjah 4,5,6 top 5 dan top 10 sdh..hahaha..mls sdh blajar..
main bubut2 sm pelajar lelaki ja tau..wakakaka ~

fazrulnoor said...

amacam

http://fazrulnoor.blogspot.com/2011/08/di-tangkap-kerana-tidak-berpuasa.html

berani.???.hahahaha

alif haris said...

perghh suka anak guru besar ..
nk ganti tempat bapaknye ke ?? hahahaha :D

Haryati Molly @ Tunung said...

Hahahaha..bila baca ni entry ko terus sia teringat zaman sekolah rendah sia.. Buli ka curi ni idea ni??hihii

misya mialen said...

ki, maka, aku suka baca ni entri.ternyata kerjaya cikgu akan diingat sampai budak tu besar pnjg.hihhi.tidak sia2 aku jadi cikgu ki.hihih.btw, ko hebat;D

misya mialen said...

ki, pek dulu.lupa td mau tulis.tahniah sbb menang contest dr wsb tu.bahasa dusun tenom.ehem.pndai aki;D

Azeanthy Paiman said...

waa..smpai skrg pun masih ingat g oo aki..hebat2..!

sy pun rindu zaman kanak2 sya tau..=(

Aemy Shamy said...

bulan mei!! hehe..sy tau tu napa..msti ko p escape kan :p ehhe x ba....
best kan zaman dulu2..ramai kwn & tau main ja...huu best oh...rindu ni.
fuyoh, bukan calang2 ko ni...hebat oh slalu dpt no 1..sma la kita ni..wakaka..tp sampai drjah 4 ja sy dpt no 1 or 2, pastu menurun sbb pindah p skolah yg ramai budak pndai..huuhuu...
tp xpa, yg pnting pengalaman tu indah ^^

Armstrong said...

Bulan May ba tu ko kena pecat... eh, I mean lucut. Aa lagi bagus guna tu perkataan ;) Wa siok o ko, kamu ingat o kan details time sekolah. Sia pun ingat juga tapi nda brapa.

Ooo bukan calang-calang kamu ni kan, 1st place in class, selama 3 tahun berturut-turut yo! Ada pula pencabar darjah 4 kan hahaa. Sama kampung lagi tu. Pandai-pandai o urang kampung kamu kan. Then dia beat kamu selama satu tahun. Tapi darjah 6 ko juga la kan. Uits, mesti ko la paling femes di school ko.

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..