Monday, August 8, 2011

Untukmu Sahabatku

Ok,ni entri sedih.. better korang jangan baca kalau tak nak menitik airmata ok??

Pada 19 November 2009,si Aki pertama kalinya memijak kota metropolitan KUALA LUMPUR untuk melapor diri bagi jawatan yang si Aki pegang sekarang di mana pada masa itu berstatus kontrak. Selesai melaporkan diri di Kementerian,si Aki ditempatkan di Cawangan Struktur di mana si Aki bekerja sekarang.

Di sinilah bermulanya perkenalan si Aki dengan seorang sahabat iaitu.....



Encik Shahriza Hasan

Ya,beliau merupakan sahabat si Aki yang pertama ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Ibukota Malaysia ini.. Ditempatkan di cawangan yang sama,unit yang sama,dan kumpulan yang sama, dia lah rakan,dia lah lawan.. Rakan dalam bekerja,dan lawan dalam saingan bekerja..
Sebagai pelukis pelan yang masih agak baru di dalam bidang pekerjaan,beliaulah guru dan murid kepada si Aki.. Masing-masing berkongsi pengalaman.. Siapa pandai bab ini,akan ajar kepada yang seorang.. Masing-masing nak tunjuk terrer.. Tapi beliau lebih terrer berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini yang memang tidak boleh dipertikaikan lagi..

Sekali lagi,pada 18 Januari 2010,panggilan untuk jawatan yang sama bagi status tetap juga bersama beliau.. Juga turut bersama rakan-rakan lain, Puan Qaseh,Puan Suzi, Cik Shaza, Cik Rehe, dan beberapa yang lainnya.. 

Dibimbing oleh orang tua yang agak berpengalaman seperti Pakcik Fazrul, Uncle Oyen dan Inchik Joe Dupang, kami perlahan-lahan belajar mengenai alam pekerjaan terutamanya di bidang yang kami ceburi ini.. Sedikit demi sedikit,pengetahuan kami berkembang..

Berkongsi bulan dan tahun lahir yang sama,namun dipisahkan selama sehari,di mana beliau lahir sehari lebih awal daripada si Aki,iaitu pada tanggal 15hb, semestinya Shah atau nama manjanya Pak Abu merupakan rakan si Aki ke mana-mana,di dalam waktu kerja..

Pada 7-19 April 2011,ditakdirkan sekali lagi pergi Kursus Induksi bersama-sama dan setelah melapor diri,ditakdirkan untuk satu bilik pula dengan Pak Abu.. Memang Ging Karas la kalau macam tu..

Tarikh 5 Ogos 2011, Pak Abu membawa bersama Uncle Oyen, Inchik Joe Dupang dan si Aki untuk bersama-sama berbuka puasa sebelum berangkat pada 7 Ogos 2011 ke tanah seberang,bagi meneruskan perkhidmatan beliau ke peringkat yang lebih tinggi lagi,iaitu Pembantu Jurutera Gred J29.. 

Kehilangan beliau pasti akan menghilangkan seri ofis kerana,tidak akan ada lagi orang yang ditunggu-tunggu untuk menghabiskan minumannya pada waktu minum pagi,tidak ada lagi untuk dibuli,tidak ada lagi untuk dipanggil Pak Abu dan yang paling penting,TIDAK ADA LAGI MOTOR untuk si Aki tumpang balik dari opis selepas ini.. T_T.v.. sedih

Untuk Pak Abu,ya,si Aki telah 2 tahun berada di negeri kelahiran anda,dan sekarang,giliran kau pula untuk berada di negeri kelahiran si Aki.. Ya,beliau kini berada di Sabah, dan bakal bertugas di Hospital Kota Belud,Sabah.

Apa-apapun,semoga sentiasa sukses dalam hidup anda.. Ingatlah pesan-pesan si Aki sepanjang berada di negeri si Aki nanti.. Jangan susah,nanti si Aki lawat Pak Abu masa si Aki pulang Krismas nanti OK??






Aki : Semoga kau baik-baik di sana SAHABATku,jangan lupa bawa ikan masin kalau balik nanti.. Ikan Masin KB sangat sedap.. haha..

by ©eXYanne Collection

Related Post



14 hacking script:

timtim said...

suh bawa penjaram bah.. penjaram kb yg sedap

beaty said...

wah sahabat terbaik ni kan..aki,,pasti kehilangan besar kalau paling kawan ni..tp apa bulih buat ...tugas kan juga..bh nanti kamu berjumpa la

Va Va Voom said...

Terharu sa baca entri ko Aki..mcm tu la salah satu cara kita menghargai kawan baik kita kan...ko cakap pasal ikan masin KB terus rindu pula sa mo balik kg.

~KLaRaPaRiS~ said...

Ada apa2 pesanan mau kasih sampai ka aki? t saya balik kampung sy kasih tau dia.. hehe.. Ikan masin, penjaram, meesup Kb! Semua sedap.. My hometown :) rindunya mau makan meesup :S

Kian Fai said...

so he is in Sabah? I was blur when I read this post and I was think another way round! HAHA :X

Chii said...

manada sedih...

fazrulnoor said...

kami tidak sanggup kehilangan si aki botak

dihadiha said...

Untuk pertama kalinya Rex post sedih...
Sy dapat merasa kesedihannya Rex ;`(

Xpe, main tukar2 tempat dgn Shah k ;). Jgn lupa jumpa dia krismas nanti.

p/s : shah dapat buka puasa awal di Sabah ba

Aemy Shamy said...

Mana ada farewell yg x menyedihkan kan Aki, lebih2 lg ngan sahabat rapat yg kita knal bertahun-tahun...sabar Aki, 1 day buat la reunion...pasti kamu jumpa jg tu nanti..yg penting ikatan tu x putus :)

Cinoi Lavigne said...

Ohh rupanya kau pelukis pelan. X apply naik pngkat ka

misya mialen said...

duiba..sedih c aki.aku pun tumpang sedih.fhm aku perasaan tu ki.klu kwn kita susah & senang ni, mmg susah utk dilepaskan bila dia perlu pergi. wlupun, yg hilang akan berganti, tp, dia tetap di hati kan..;D sllulah berkontek dgn dia..dia di hospital kb kan? hihi.nnt aku balik aku singgah di hospital, cari pak abu ko tu.hihihi;D

wanchan said...

Tp yg paling best hari raya mesti disemenanjung..hehehehehehe! Balik kampung!oo balik kg!! naik belon bah!
p/s: sampai semenanjung jgn lupa tekan loceng..

echaRierie said...

alala..igtkn pegi mn td..hehe..
bha..sa kasi amin ko punya doa2..
Amin3..
:)

v said...

cumil...saya dpt rasakan ketulusan dlm entri ini :)

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..