Tuesday, November 15, 2011

Tips Peperiksaan

Hai semua, hari ini si Aki ingin berkongsi beberapa tips untuk peperiksaan.. Oleh sebab tips ini hanya akan berkesan di Malaysia,maka si Aki dengan suka hatinya berkata,si Aki akan blog dalam bahasa Melayu.



Ok,daripada gred peperiksaan si Aki pada peperiksaan masa sekolah dulu,sampailah sekarang, anda mungkin berpendapat (si Aki pun berpendapat) bahawa si Aki bukan la orang yang sesuai untuk memberikan tips-tips ini. Tapi,satu yang si Aki boleh jamin kepada anda semua, konsep untuk mendapat A bagi setiap matapelajaran adalah sama sahaja.. Percayalah..

Mari kita lihat tips-tips berikut :


Jadi Buku Teks

Sistem Pendidikan di Malaysia mengajar kebanyakkan kita untuk menjadi buku teks.. Percaya atau tidak,setiap kali anda belajar,buku yang anda akan hadapi adalah buku teks.. Ataupun mungkin nota-nota kecil yang sudah ditulis sendiri.. Ya,anda sedang menjadi buku teks.. Dan itulah yang diajar oleh guru-guru di sekolah kita..

Of course la semua Guru-guru kita mungkin ada cara yang lebih baik,namun mereka juga bekerja mengikut sukatan yang telah ditetapkan..

Justeru itu,kebanyakkan dari pelajar di Malaysia cenderung untuk menjadi Buku Teks..  

Ok,this is us when Exam came around


Jangan Bercinta
Hey,si Aki merupakan seorang Fuckin Playboy dulu masa sekolah,so, sememangnya tips ini harus dikongsi.. Sekiranya anda mampu menyalurkan rasa Cinta anda itu terhadap pelajaran anda,ok go on.. Bercinta lah anda.. Tetapi,apapun alasannya, yang pasti,sekiranya anda bercinta waktu study, sedikit sebanyak ianya akan menganggu kosentrasi anda..

Contoh terbaik,si Sumandak.. Nasib baik si Sumandak mendapat seorang Boyfriend yang memahami, memaksa dia untuk belajar dan berkongsi tips-tips yang bagus (ehem ehem).. Jadi si Sumandak pun berjaya memperoleh gred yang baik.. Tapi kalau pasangan anda itu hanya tahu membawa anda keluar berjalan-jalan, ajar romen-romen bagai, bersembunyi di sebalik semak atau check in hotel bersama anda,lupakan dia.. Your life is the most important part here,not his Penis/ Lust.. Damn..

Be like this when exam is around the corner
Not this one.. After exam,no problem.. ha ha ha.. Hey,celebrating ok..


Ketahui Teknik yang Baik (Sila skip jika anda pelajar pandai)
Ok,ini lanjutan daripada tips nombor satu di atas.. So, mungkin anda sudah belajar setiap baris ayat yang ada di dalam buku teks anda,tetapi masih tidak dapat menguasainya dengan baik.. Ok,sebenarnya ada cara untuk memupuk minat 'sementara' di dalam mana-mana pelajaran.. Mari kita lihat satu persatu..

Matapelajaran Bahasa

Ok,teknik untuk skor terbaik dalam matapelajaran bahasa, of course la menguasai bahasa itu dengan sebaik mungkin bukan?? Jadi, apa kata anda gunakan masa 2 bulan sebelum peperiksaan untuk berbahasa dengan sebaik mungkin.. Elakkan perkataan damn,fuck yang selalu si Aki gunakan kerana ianya tidak akan membantu anda mendapat skor yang baik.. 

Cara terbaik ialah melalui training.. Taip,Tulis,Bercakap dan segala-galanya.. Kalau benda ni pun anda tak mampu buat dengan baik,janganlah anda berharap untuk mendapat skor A dalam matapelajaran Bahasa anda.. pergh,siap pakai ayat baku.. ambek kau..



Matapelajaran Fakta

Ok,ini termasuklah matapelajaran Sejarah, Geografi dan mana-mana matapelajaran yang berunsur fakta yang mana,jika anda lupa tarikh-tarikh tertentu atau fakta-fakta tertentu,anda pasti gagal,ataupun tidak akan mendapat A.. 

Cara terbaik untuk mengingat fakta adalah, anda kenalah berada di dalam fakta tersebut.. Jangan ketawa dengan teknik ini,kerana setakat ini, tips ini sangat berkesan.. Ok,kita ambil contoh matapelajaran Sejarah.. Ambil patung-patung askar adik anda,dan susunkan mengikut kelas dan serang!! Masa untuk anda bermain!!.. Selepas itu,keluarkan buku teks anda, labelkan peringkat-peringkat sejarah tersebut,dan susun patung-patung askar tadi mengikut rentetan yang betul.. 

Ambil gambar.. Hey,belajar dari gambar lebih senang.. So,buat satu buku teks baru untuk anda gunakan sendiri.. Ha ha ha.. Paling senang,share dalam blog.. Orang lain pun dapat untung.. Anda ada buku teks online!! Setakat tarikh,anda pasti dapat mengingatinya.. Prinsip yang sama untuk matapelajaran lain,cuma gunakan medium yang berlainan.. Jangan asyik nak main patung-patung askar tu je..
Ade ke lagi budak main bende ni sekarang?
Tak tau la ada jual lagi ke tak


Matapelajaran Nombor

Ok,ini paling best.. Well si Aki paling suka bermain dengan nombor.. Sudoku,Kakuro dan sebagainya.. dan sangat fanatik dengan nombor 8,18,28,38,800.. Err.. itu bukan nombor jackpot ok.. Ok,matapelajaran Nombor adalah Addmath, Math, Ekonomi, Prinsip Akaun, Calculus.. what the fuck.. Banyaknya..
Apa yang paling best tentang nombor ialah,jawapan sudah tertera di soalan.. Contoh, 7-5 = ? Bukankah anda sudah melihat jawapannya?? Ya,tepat skali.. 2.. Begitu juga dengan soalan yang lain.. Ringkaskan 2x²-Xy(3x²).. Bukankah kita sudah mampu melihat jawapannya?? So,kenapa susah sangat?? Ok,si Aki tidak akan menyelesaikan soalan tersebut di atas,sebab,anda pasti pening melihat nombor yang banyak dalam post ini.. Apa yang anda perlu tahu adalah,rumus apa yang harus digunakan,ataupun short cut apa yang harus dipakai.. 

Ok,senaraikan kelas-kelas soalan matematik itu.. Linear,Triangle, Algebra, dan segala-galanya dan senaraikan rumus yang terlibat bagi setiap kelas itu.. Anda akan mendapati, rumus-rumus yang digunapakai adalah lebih kurang sama,jadi,kenapa perlu menghafal rumus?? Rumus itupun diberi di muka depan setiap soalan.. So, apa yang anda perlu tahu dalam Matapelajaran Nombor adalah, cara rumus itu bertindih,ataupun secara simplenya, rumus x harus digunakan selepas rumus y..

Jadi, anda hanya perlu latihan untuk mempelajari bagaimana untuk menyusun pengunaan rumus itu.. So,pegi buat latihan sekarang..


Matapelajaran Sains

Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan kelas-kelas sains yang lain.. Ok,ini lagi best.. Segala-galanya adalah rumus dan formula.. He he he.. Dan yang paling membunuh adalah,ketika menjawab soalan,kita lupa formula apa yang harus digunakan..

Ok,tips ini rasanya semua orang sudah tahu,cuma si Aki suka jika ingin mengolah tips-tips ini dengan cara si Aki sendiri.. Ok,mari kita ambil satu contoh.. Fizik, Prinsip Hidraulik..

Ok,seperti yang semua orang tau,prinsip hidraulik ialah memindahkan sedikit tekanan menjadi daya tekanan yang besar.. Contoh paling senang,dengan pijakkan beberapa gram ke atas pedal brek kereta anda,ianya mampu memberhentikan kereta yang beratnya beberapa ratus kilo.. Magic kan?? Ok,there's no magic things here, It's science.. 

Maksudnya, kita kena tahu apa prinsip-prinsip yang harus ada dalam sains,kenalpasti bagaimana ianya berfungsi.. Jadi, mengingat rumus bukan lagi satu masalah.. Kalau prinsip pun anda tak paham,jangan jawab soalan tersebut.. Senang.. 

Cara paling mudah ialah,applykan prinsip-prinsip sains yang anda faham itu dalam kehidupan anda.. Berjalan kaki,tenaga yang terlibat untuk menggerakan seluruh sistem tubuh.. Hey,anda hidup kerana sains ok.. Melainkan anda mungkin cacat.. Tapi,untuk orang cacat,sains mereka lebih hebat.. Ada di antara mereka lebih berjaya dari si Aki.. So,kenalpasti setiap Sains yang ada di sekeliling anda dan letakkan rumus ke atas mereka.. So,bila jawab soalan,pandang sekeliling dan anda akan dapat melihat rumus-rumus anda tadi.. 

Mata Pelajaran Teknikal

Ini kemahiran hidup, kejuruteraan dan segala-galanya.. Masih menggunakan teknik-teknik untuk memahami sains, namun untuk kerja teknikal,melukis dan sebagainya kerja teknikal,anda harus mempunyai imaginasi yang cukup.. Kalau tak,drop subject ni.. Apa,masih tak faham?? Hey,kalau tak tau, kenapa ambil matapelajaran ni?? eh,wajib?? ok-ok..

Cara paling mudah,anda haruslah banyak berimaginasi.. Bukan imaginasi Maria Ozawa atau Sora Aoi ok.. Yang perempuan tu bukan imagine Anuar Zain pula.. (apa tiba-tiba Anuar Zain?) Teknikal secara dasarnya adalah tindakan kita.. So,anda tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya anda tiada pengalaman ataupun tidak rajin berimaginasi..


 Matapelajaran Moral / Agama

si Aki tiada info untuk dikongsi kerana si Aki tiada Moral.. Terima Kasih.. ^_^.v..


Ok,rasanya,3 tips ni pasti boleh membantu anda.. Apa yang perlu anda tahu, anda sebenarnya boleh menentukan markah anda sendiri.. Yalah,kalau semua jawapan anda pasti sudah menjawab dengan betul,kenapa perlu risau dengan keputusannya??

Hm ok.. Ini adalah pengakuan sejujur-jujurnya dari si Aki.. Ketika menjawab soalan peperiksaan,si Aki dengan sewenang-wenangnya menentukan markah peperiksaan sendiri.. Ketika rasa malas,hanya jawab beberapa soalan yang pasti dapat markah C, dan keputusannya pasti C.. Untuk dapat A,kena jawab semua soalan.. So,oleh sebab ingin keluar awal,si Aki hanya akan jawab 1/2 daripada soalan yang ada dan keluar dari bilik peperiksaan.. Pastinya, C.. Dan ini termasuklah ketika SPM dan STPM.. 

Moral : Jangan contohi perangai si Aki yang last ni..

P/S - Good Luck to
SPM Candidator - Camy
STPM Candidator - nGiau

did I missed anyone?? Tell me.. :-)

Aki : Membuat si Aki pasti yang IQ seseorang itu tidak boleh ditentukan dengan markah peperiksaan.. Ha ha ha.. Well,kalau budak C mampu buat budak E dapat A,apa yang perlu dirisaukan.. Betul tak?? :-p


Related Post



14 hacking script:

SoLy SoLicious said...

wahh....tuudiaaa.... tips2 dari abe aki yg ohsem... heee..



p/s : tak bawak kepok pun aki.. hohoh..lain kali ye ^^

Elih Japahar said...

Apa punya tips ni hahaha! :D salamat sasarap Aki..

.dida mumin♥ said...

akidal, semalam saya baru tgk CSI:NY pasal budak sekolah yang meniru time exam tapi hebat tidak hebat budak tu ubah semua maklumat di plastik pembalut mineral water dgn kod - short form bg memudahkan dia mengingat segala formula & facts..menarik bah bila ada otak level budak sekolah yg mampu turn into this method utk meniru..:)

beaty said...

panjangs betul ni tips..aduihhh...

nh tulah dulu ko inda bagi ni tips sama sa aki..LOL

Anonymous said...

adui..napa ko x jd cikgu sy ms spm dulu.kalu x, kompom sapu abes smua A1..hahaha

meisnani said...

bile klik je baca lagi.. timbul perasaan MENYESAL.. tp kene la bace jugak nak jage hati kan.. WAKAAKKAKAKAA... okay damn ney memang pangai sy..(iaitu myakitkan hati org)


dulu, mase PMR cikgu Math nani cakap dapat je buku teks terus simpan bawah katil kt bilik.. blaja ikowt care dye je..

kay masingan said...

good luck kepada semua calon SPM dan STPM di Malaysia. Terima kasih kepada Aki kerana memberikan tips yang sangat baik..:)

Dev Clarehova said...

sa suka komen utk Matapelajaran Moral/Agama... Hahaha!!!

Unknown said...

mak aihh, lama tak jenguk dah jadi pakar motivasi dah pakcik aki kita nih..hehe..

nice lah aki, boleh pinjam tips aki nih utk fee exam final akan datang nih..ehehehe ;D

Meitzeu said...

Good luck to all the students out there!

Meitzeu
http://www.facebook.com/meitzeupage

aemynadira said...

tips yang mujarab! terutama yg ke 2..jgn bercintah! haha. dulu pas sy spm bru sy bercinta..nasib sy suda break masa form 4..hahahah :p
well, good luck to juniors!!!!

Mek Onie said...

ktk polah entri begitu perfect sekali ! good job :)

Elih Japahar said...

Aki, tulung kasi tukar tu link blog sy di bloglist ko arr..thanks

www.duniarealiti.com

Aki said...

Soly : ho ho ho.. tips kemendenye.. pengalaman sendiri je..

Elih : ha ha ha.. eh,memang masih update juga tu ko punya url tu.. jan ko susah.. :-p

Dida Mumin : Wahh,itu salah satu kehebetan.. cuma si Aki nda pandai meniru ja.. :-p

Azeanthy : sila2..

beaty : ko nda minta ba tu ari.. :-p

Ashley : abis sa muda dari kau?? Ha ha ha..

meisnani : blasah je la.. :-p

kay : baik ka?? Ini pengalaman ja ni.. ha ha ha..

Dev : Itu mimang terbaik tu.. :p

Fee : saje je kak Fee.. :-p.. tatau ble gune utk U dak.. aki lom masuk U lagi.. :-p

Meitzeu : yeah!! ^_^.v..

Aemy : ha ha ha.. memang berkesan kan?? :-p

Onie : Perfect kdak pa ya?? :-p

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..