**********************
Masih kuingat lagi,kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah ini. Sangat indah. Walaupun aku hanyalah orang asing,tapi,aku mendapat tempat di hati keluarga ini.
Mereka sangat menyayangiku,malah menganggap aku ini ahli keluarga mereka. Aku sangat terharu dengan sambutan mereka,layanan mereka,perhatian mereka,sehinggakan aku kadang2 lupa,yang aku hanya orang asing yang menumpang di rumah mereka.
Mereka sangat menyayangiku,malah menganggap aku ini ahli keluarga mereka. Aku sangat terharu dengan sambutan mereka,layanan mereka,perhatian mereka,sehinggakan aku kadang2 lupa,yang aku hanya orang asing yang menumpang di rumah mereka.
Ya,pernah sekali aku terdengar perbualan mereka,bahawa,aku merupakan orang asing pertama yang bertahan begitu lama dalam keluarga ini. Keluarga ini sememangnya sering mengalu-alukan orang asing dalam rumah mereka,tetapi aku...........aku orang asing yang pertama mendapat tempat di dalam hati mereka sekeluarga. Dan aku sangat bersyukur tentang itu.
Eli,anak sulung daripada keluarga ini merupakan teman rapatku. Aku dianggapnya seperti bapa keduanya. Dia sering meluahkan perasaannya kepadaku. Aku menjadi tempat perkongsiannya. Aku sungguh terharu dengan layanannya. Tidak lupa juga dengan Eddy,anak bongsu keluarga ini. Dia sangat manja,malah tidak pernah segan untuk mencari dan bermanja denganku, sekiranya dia dimarah oleh ibu bapanya.
Mereka sekeluarga begitu akrab denganku. Ibarat air dicincang takkan putus. Aku tahu............aku sedar..........yang statusku masih orang asing dalam keluarga mereka,tapi aku lupakan semua itu. Aku bahagia sekali. Dan aku sangat menyayangi mereka.
Masih teringat pada kali pertama aku membawa mereka menonton Konsert Akademi Fantasia. Ya!...............Konsert itu,di mana terdapat beberapa penyanyi akan bernyanyi di atas pentas,dan pada akhirnya,akan ada seorang yang tersingkir. Mereka sangat menyukainya,mereka sangat suka melihat,para penyanyi itu menghiburkan mereka. Dan aku turut sama girang,melihat mereka tersenyum gembira.
Eli,teman rapatku,atau lebih mudah lagi,anak buahku,sangat suka menonton cerita Korea kegemarannya. Dia selalu mengajak aku,dan sebagai pakcik,aku langsung tidak pernah menolak,malah,sememangnya peneman setia buat dia. Seringkali dia menangis di bahuku,tersentuh sungguh hati kecilnya melihat drama Korea itu. Aku hanya mampu menenangkannya dengan sedikit lawak sampingan. Hanya untuk melihat terbitnya senyuman kecil di muka comelnya.
Aku juga sering membawa Adam,ketua keluarga dalam rumah ini untuk menonton pasukan kegemarannya,kebanggaannya MALAYSIA,bermain bola dengan pantas dan garang, membaham lawannya. Dan pernah suatu masa,saat Malaysia memenangi Piala AF Suzuki,dia terlalu gembira,sehingga dia memeluk aku sambil menangis terharu. Oh,sungguh indah masa itu.
Tapi...............aku juga tidak lari dari membuat kesilapan. Ya,aku akui aku tersilap. Kesilapan yang aku lakukan bukannya kecil,tetapi terlalu besar bagi keluarga ini. Ya,aku sangat2 tersilap.
Keluarga ini sangat tegas di dalam hal merokok dan juga meminum arak. Dan,aku telah membawa semuanya itu ke dalam keluarga mereka. Aku dengan sewenang-wenangnya,tanpa perasaan malu,membawa semua itu ke dalam rumah mereka,keluarga mereka. Adam,tidak mampu berbuat apa-apa,sekalipun dia ketua keluarga,namun,dia tidak sampai hati untuk menghalauku.
Namun,sedikit demi sedikit,mereka mulai menjauhkan diri dariku. Pernah suatu pagi,Anna,isteri kepada Adam,membangungkan Eli dan Adam,dalam keadaan diam-diam. Dan memesan mereka,agar senyap......agar aku tidak terjaga. Aku terkilan,tetapi,aku tahu,dalam hal ini,aku yang bersalah.
Adam.....maafkan aku.......memang aku bersalah,tetapi sekurang-kurangnya, jangan lah engkau melupakan aku,melupakan bahawa aku merupakan salah satu sahabatmu,keluargamu. Eli..............maafkan pakcik.........pakcik hanya tersilap tentang itu,pakcik hanya menjalankan kebiasaan pakcik. Pakcik tersilap besar.
Dulunya,aku begitu dialu-alukan dalam keluarga ini. Aku seperti mengisi satu lagi tempat yang kosong di dalam rumah ini. Namun kini,mereka seperti tidak sabar-sabar untuk menghalau aku keluar dari rumah mereka.
Apakah aku bakal meninggalkan rumah ini,sama seperti mereka,orang asing yang lain? Atau apakah aku bakal diberi peluang kedua,untuk terus bersama mereka? Atau,apakah,aku kembali seperti pertama kali aku melangkah ke dalam rumah ini,menjadi orang asing yang menumpang di rumah mereka,tetapi bukan sebahagian dari mereka lagi?
Apa? Oh ya,aku terlupa memperkenalkan namaku.
Namaku TELEVISYEN.
Namaku TELEVISYEN.
**********************
Ok,macam mana dengan teknik penulisan si Aki. Ok,erm,cerita ini,c Aki dapat dari mana,ntah,tapi yang pasti,ini bukan originalnya milik si Aki. c Aki hanya menulis semula,sambil berimaginasi. OK,Komen2.. Hehehe
Aki : Teringat balik zaman-zaman sekolah dulu,buat karangan Autobiography kan?? ^_^.v.. Hehehe.. Apa?? Aku sebatang Pen?
by ©eXYanne Collection
22 hacking script:
coiiss..sy ingat betul suda tadi..hahaha
Sy kasi 4.00...
oZja : semat kan?? Hehe.. teingat sa tu karangan autobiografi dulu tem skolah2 oh.. Hehehe..
Kak Dida : wah,telampau la ba kalau trus2 4.00.. Hahaha... Masih teruk lagi ni..
hahaha... teringat pula karangan "aku sebatang pen" masa sekolah rendah dulu..
apa2pun, mimang saspen.. sy ingat ko betul2 kena halau dari rumah sudah.. lol
kak Nor : Ko pun buat la karangan autobiografi.. Hehehe..
telebesen rupanya.. huhuhu..
ok, cigu bg kamu markah 99% la..
p/s: aku ndak pndai suda bt karangan2 gini ni.. hehehe..
hahahhaa! sot! mau terharu suda sy, kurang asam tul..hahaha...but nice one! best oh..hahaha.. :p
Nang : Hehehe.. nang,belum cuba belum tau.. ^_^.v..
Aemy : Semat kan karangan autobiografi sa.. ^_^.v..
chaihh!!! puas dok baca...rupanye telebisen! isk dak ni.. haha
kak Niena : cam hebat je orang tu kan?? rupenye telebisen.. Hahahaha..
Kurang asam kau aki
mula2 sy igt kereta
tp cmna boleh bawa arak sama rokok hahahahaha
rupanya tv
Cinoi : Hahaha... kan sa sudah bagi hint semalam.. ^_^.v..
gilaknya ko aki..last~last rupanya tibi..ahaha
naaa..itu dia cerita c aki.klu cikgu ni blh sdh tu lulus paper bm.hahahha
teringat pula zaman mengarang 'aku sebuah basikal' masa tahun 6 dulu. hehe
hahaha..Aki..
siot ja ko..
smgt ni mmbaca..haha..
siuk..
sabeq : hahaha.. kenapa,tercabar minda skejap kan??
misya : wah kak,betul ba.. ok la tu,sa puas ati la lulus sudah.. ^_^.v..
Gunaqz : Mari kita mengimbau kembali kenangan silam itu gunaqz.. Hehehe..
echa : Hahaha.. Best kan.. c Aki baca dulu kan,english ba ni.. best btul ni.. rupanya... TV.. Hahaha..
Post a Comment