Rata-rata blogger pasti mengetahui apa itu bounce-rate bukan?? Ya,bounce rate adalah peratusan pengguna blog/website anda yang hanya membaca/melihat 1 halaman sahaja dan kemudian meninggalkan blog/website anda. Ini bermaksud,pengguna itu tidak melihat kandungan/page lain yang terdapat di dalam blog anda.
Bounce Rate boleh dikira melalui rumus
di mana
Rb = Bounce rate
Tv = Jumlah pembaca yang hanya melihat 1 entri sahaja
Te = Jumlah entri di dalam blog
Mungkin,ramai di kalangan blogger yang menggunakan HiStats bagi memantau pergerakan traffik dalam blog. HiStats agak lengkap dimana menawarkan pelbagai butiran untuk anda melihat perkembangan web anda setiap hari. Tambahan pula, HiStats memberi butiran terperinci untuk setiap jam!!
klik untuk zoom |
Contoh di atas merupakan salah satu paparan dari HiStats mengenai kadar Bounce Rate bagi blog ini. Memandangkan blog ini bukanlah blog yang hebat seperti yang terdapat di luar sana,maka kadar bounce rate masih agak tinggi.. 100% bermaksud pembaca anda terus meninggalkan blog anda selepas membaca 1 entri. Bermaksud,semakin kurang peratusan bounce rate, semakin baik kerana pembaca anda rata-rata berada di dalam website/blog anda untuk membaca lebih banyak info atau karutan.
Namun,perkembangan yang baik adalah si Aki dapat mengurangkan kadar bounce rate itu 40% lebih baik daripada bulan lalu (Jun 2011)
Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh si Aki bagi mengurangkan Bounce Rate ini.. Nasihat-nasihat daripada blog-blog profesional yang digunapakai oleh si Aki adalah :
1. Mengaitkan entri anda dengan entri-entri sebelum ini dan memberi backlink. Ini secara tidak langsung membuatkan pembaca-pembaca anda akan terus berada dalam website anda. (Jenis Blog Persendirian)
2. Membuat tajuk-tajuk yang menarik,dan pastikan pembaca anda mudah untuk mendapatkan pautan ke entri tersebut. Contohnya,penggunaan widget RECENT POST daripada Blogger.
3. Menggunakan widget dari pihak ketiga yang membuatkan pembaca anda tertarik untuk berada lebih lama di dalam blog anda. Contoh widget adalah LinkWithin.
Setakat ini,itulah yang digunapakai oleh c Aki di dalam Zon si AKI Karut ini. Jikalau anda bukan jenis yang mengejar traffik,mungkin anda tidak perlukan tips ini,tapi rasanya agak rugi sekiranya pembaca kita tidak membaca info-info yang kita kongsikan,yang mungkin berguna untuk mereka bukan?
Sebabnya, tujuan Zon si AKI Karut ini dike'udara'kan adalah kerana ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman,minat,hobi dan macam-macam lagi kepada semua orang,dan bukan sekadar blogger sahaja. Jadi,rasanya,ini isu yang agak penting untuk semua blogger. Melainkan anda blogging untuk tatapan sendiri,itu semua ada di tangan anda..
AKi : Akan berusaha lebih selepas ini.. ^_^.v..
by ©eXYanne Collection

Contoh Paparan LinkWithin di dalam blog |

4 hacking script:
wah begituka ? bagus ni tp sy sedar blog sy ndada info..hahaha..
suka taip apa2 sj bha.. :)
sa tidak paam pasal ni aki..bh sa mencheck kunun ni
dulu ada juga baca2 benda ni..tapi x kisah pula..hehehehe..sia blogging saja untuk suka2..kalo ada org suka,,nah sia pun suka lah....:)
bagus rexs, bgus. semakin rendah bounce rate, semakin bgus.
tengok juga jenis website. klu forum biasanya mempunya bounce rate yg rendah sbb pengunjung akan baca banyak thread di forum. lain pula di blog. biasanya orang baca 1 post ja(pos terkini), pastu trus chow.
klu terlalu tinggu bounce rate nda bermkna itu blog nda bgus. sebagai contoh klu blog sy ada iklan. n pengunjung yg datang klik tu iklan n tinggalkan blog sy. bounce rate blog sy akan tinggi. tapi sy nda risau sbb itu bermkna CTR iklan sy bagus.
ps - sy nda pernh guna histat. mostly guna google analytic atau wordpress stat
Post a Comment