Tuesday, August 9, 2011

Pulis Sinsip [Police and Thief / Polis Pencuri]

Pulis Sinsip [Police and Thief / Polis Pencuri] merupakan salah satu permainan zaman sekolah sekitar 1990-2000 di Sabah (untuk gelaran Pulis Sinsip).. Prinsip permainan agak mudah dan boleh dimainkan di mana sahaja membolehkan permainan ini begitu praktikal. Tanpa perlu menggunakan apa-apa peralatan,ianya juga boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur!!



Tutorial Cara Bermain :

Dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada Polis dan Pencuri. Bilangan peserta permainan juga tidak terhad,dan kawasan lapang ataupun yang sewaktu dengannya adalah digalakkan. Kumpulan Polis dan Pencuri akan mempunyai ahli yang sama di mana setiap kumpulan akan mempunyai seorang Ketua.

Pihak Polis akan mempunyai Rumah/Balai sebagai tempat mengurungkan Pencuri. Dan pencuri akan diselamatkan dari Balai Polis sekiranya Ketua Pencuri yang masih bebas, menyelamatkan mereka dengan memberi sentuhan fizikal kepada rakan yang ditangkap.

Permainan ini agak berlainan dari permainan kejar-kejar biasa kerana permainan ini memerlukan Polis menangkap Pencuri dan bukan hanya memberi sentuhan fizikal kepada pihak Pencuri. Jadi,pelukan,menjatuhkan dan yang sewaktu dengannya adalah dibenarkan.

Permainan tamat apabila semua pencuri tertangkap. Dan boleh dimulakan semula dengan menukar status kumpulan, Pencuri kepada Polis,dan Polis kepada Pencuri.

Tamat tutorial

Permainan ini seringkali dimainkan ketika di Sekolah Rendah,kerana Kanak-kanak kurang perasaan malu. Dimainkan tidak mengira jantina,maka,cara permainan yang agak agresif tidak menjadi masalah. si Aki paling suka bila menjadi pencuri kerana selalu menganggu tugas polis daripada menangkap si Ketua Pencuri.. Dan bila tiba giliran menjadi polis,maka si Aki hanya akan menangkap pencuri wanita.. Hahaha..


Permainan yang simple tetapi menarik ini kurang menarik perhatian remaja berikutan cara permainan yang agak kasar dan melibatkan sentuhan fizikal ini,kurang sesuai untuk dimainkan secara Uniseks.. Namun,rasanya,jika permainan ini dikaji semula,dan dimainkan mengikut jantina,rasanya,permainan ini boleh kembali popular.

Jadi,apa permainan yang popular di zaman kanak-kanak anda??



Aki : Hm,budak-budak zaman sekarang main apa?? DOTA?? Langsung tak menyihatkan. Hahaha..

by ©eXYanne Collection

Related Post



14 hacking script:

Unknown said...

main susun 3 selipar, engkek2 sama zero point.. pecaya atau tidak.. sy main ni game sampai umur tingkatan 1.. hahaha

(selalu kena bising oleh beliau...perempuan nda bulih main lumpat2.. nanti n*n*n jatuh dia bilang.. hahaha)

beaty said...

humban kaki, galah panjang..bola rangers..apa lagi aki...main tapuk2...hehehehehe

dei sa rindu zaman budak2 ni

Anonymous said...

kihoii sentiki la Aki! dulu2 sa main ini juga..jadi2, main sungking, main tapak, main guli, main biji getah hahaha...skrg punya budak, adoii bahaya...

Anonymous said...

itu dia c aki..time sa budajk2 dulu permainan paling selalu kami main engkek2 sama tu permainan yang kau mention sana ataa tapi dulu kami pgl polisentep hahahha sa paling tidak suka jd polis sebab sa malas membubut..heheheh

Echa said...

aummm..jrg men polis pencuri..selalu men hide n seek..aki sa suka men beskal, besbol, kites, congkak, ei astaga..byk la..hahaha..

aemynadira said...

sy panggil ni polisentep dlu..hehe..best kan! mmg zaman kanak2 kita lg cool dr zmn kanak2 skrg..skrg dorg men dota, angry birds, diablo...ah x best! hahahaa :p
bnyk lg game yg best2 dlu...main tarik upih, rebut tiang, baling selipar, teng2, kunda kundi....etc...best lah! ^^

a-Me Jay said...

nah.. ni la ni.. zaman msih kanak2 riang punya game. Tapi sa suka main masak-masak... hahaha.. Pi la msak tu daun-daun, tanah liat. Yang baling2 bola d kaki (x tau pa nma tu game), susun 3 selipar, zero point, galah panjang..

P/s: msih ingat main tu susun 3 selipar sma galah panjang msa tinggal d kampus.. Hahaha.. Ksi hilang stress buat assignment bah tu..

.dida mumin♥ said...

dulu2 sy pun main jg...paling suka main bubut2 di bawah kulung rumah..hahah

nunui Joe said...

uiseh dulu dulu main akan akan (makan makan) sama ja cam polisentri (haha). Main sep sep. Adihh rindunya time kecik kecik. Main Rounders, galah panjang, rampanau, humbang seliparlah. memang sihatlah budak budak dulu. sekarang alala CS, dota ddtank semua tu ja dorang tau. huu

Beatrice Bianus said...

i love this game aki..time sy kici2 ni la pmainan kami..plg siuk..tp skg mcm teda sdh ooooo.....budak2 skg main games dlm pc...mna da mo p men bubut2 lg..it is pathetic but many of the traditional games(tradisional kaitu juga?haha sembarang) are lost to our present young...huhu....dorang layan dota and all...

Wen said...

sa panggil ni pulis intip.. salah satu permainan fave sa ni msa sek ren.. selain drp main galau (galah pjg), main 3 kayu, engkek-engkek, main guli dan byk lg.. hahaaa..best btl kan masa budak..tp sygnya budak2 skg, x kenal sda ni pmainan.. thats why la skg pmainan ni suma diajar di skola sda..

kay masingan said...

hahah..aki kami panggil "jin-sip". Hahahhaha...sandi o
dulu saya suka main "king-king - teng-teng, main selipar, main zero point, main cina dan macam-macam lagi lah..

Gunaqz said...

Aki, saya paling jaguh main ini game dulu-dulu. Tapi sia x mau jadi pencuri, sentiasa mau jadi pulis kunun. Kalau org paksa sia jadi pencuri, sia nangis. he he he

kak gojes said...

wahahah..oernah main ni..mix dgn budak lelaki lagi tu tp main masa pg sikul ugama la...sbb ptg2 best men kajar2...zaman sy dulu ada men tapapon, biji getah, men getah a.k.a jurupain ka tu...main renjes pun buli...paling best main bola sepak mix dgn budak lelaki...sampai kuyak bai tu sarung sikul...sama penuh tu rumput tondirokot

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..