Thursday, August 11, 2011

Tak Perlu jadi Cikgu untuk Mengajar Murid

Hi hi hi.. Hm,untuk sebentar tadi,blogger mengalami sedikit masalah di mana blogger mungkin sedang mengupgrade website mereka.. Segala urusan 'memasuki' dashboard terganggu.. Risau juga si Aki.. Mesti dah ramai orang menunggu karutan terbaru.. macamlah ada yang menunggu karutan kau AKI..


Hm,bila terbaca post kakak Nunui tentang budak-budak yang sedang ber'tuisyen' dengan dia,memang best.. Banyak kenangan timbul balik.. ^_^.v..

Cikgu Bertauliah tanpa kelulusan.. Haha
Ya,si Aki pun pernah juga buat tuisyen percuma untuk budak-budak di kampung satu ketika dahulu. Ya,best apa.. Memang si Aki berminat untuk menjadi cikgu pun,cuma Maktab tidak berminat dengan si Aki ja.. Kesian si Aki.. Tapi tidak apa,kerja yang ada sekarang ni pun,cukup dicintai.. Lebih dari segalanya.. Tapi macam Aemy cakap, Anda bukanlah Kerja Anda.. ^_^.v..




Hm,si AKi buat aktiviti men'tuisyen'kan budak-budak di kampung lebih kurang tahun 2007.. ^_^.v.. Masa tu,freshie dari Tingkatan 6 jurusan Ekonomi yang mana si Aki gagal dengan jayanya,kerana datang pegi skolah hanya untuk bercinta.. Haha..


Ok,masa mula-mula buka kelas tuisyen beranda ni,hanya ada 3 orang sahaja anak murid si Aki.. Yang mana 2 daripadanya memang tinggal sebumbung dengan si Aki.. Ya,2/3 adalah first cousin si Aki.. dan yang satu lagi,Jiran sebelah rumah.. Menjelang 2 minggu,pelajar bertambah sebanyak 6-8 orang ikut mood pelajar.. Haha..  Semua pelajar bakal PMR masa tu.. Ada 2-3 orang yang lebih muda,tapi bakal menduduki PMR juga,cuma tahun sahaja yang berbeza...

Matapelajaran yang si Aki cover adalah Matematik,Sains dan Bahasa English.. Oleh sebab 2 orang first cousin si Aki tu,kira pelajar bertauliah juga, maka tumpuan untuk mereka dikurangkan sedikit.. Oh ya,salah seorang first cousin si Aki tu,memang pelajar cemerlang.. Dia berhenti sekolah pada umur 14 tahun atas alasan BORING!!.. Yang ruginya,dia sebenarnya seorang yang pandai dalam pelajaran,namun,MALAS macam si AKI.. Tugas dia duduk dalam kelas tuisyen itu sebenarnya adalah menjadi pembantu CIKGU AKI.. hehehe..

bukan pelajar si Aki
Dalam 6-8 pelajar si Aki,ada 2 orang yang agak bermasalah.. Oleh sebab Matematik mereka pada masa itu dalam Bahasa English,mereka sangat bermasalah untuk menjawab soalan-soalan.. Ya la,macam mana nak jawab kalau soalan pun tak faham.. Perkataan english yang diorang tau pun,sangat sedikit,contohnya fuck you!!, I don't know,Thank You.. Jadi,memang agak sukar la mengajar diorang,sebab masa tu,PMR lagi 3 bulan..

Ya,mereka adalah pelajar-pelajar yang memang konfom dapat E untuk Matematik dalam PMR.. E=Gagal.. Jadi,matlamat si AKi pada masa itu adalah,menjadikan mereka boleh target C!! Ok,Matematik adalah matapelajaran yang agak senang,tapi kalau dalam Bahasa English,si Aki sendiri pun agak susah sebab dulu belajar dalam Bahasa Melayu,terpaksa buat revision sikit,untuk memastikan jenis dan topik soalan..

Cara mengajar si Aki untuk Sains dan Matematik adalah sangat simple. Setelah memastikan diorang boleh faham kehendak soalan,si Aki memberi sedikit tips untuk mereka mengetahui rumus apa yang harus digunapakai..

si Aki memperkenalkan teknik A.K.I kepada mereka di mana si Aki mengaplikasikan segala yang berada di sekeliling sebagai pencetus idea. Contoh,segala Kosinus,Sinus dan Tangen tu,si Aki gunakan pembaris segitiga dalam set geometri.. Segala algebra,si Aki gunakan segala yang ada di dalam kotak pensel mereka.. Yang pasti,diorang akan ingat rumus tu sampai mati.. Haha..

Setelah berhempas pulas mengajar mereka,si Aki sangat berbangga dengan semua pelajar kerana mereka semua lulus dengan minimum C.. Malah,ada pelajar yang konfom dapat E untuk Matematik tu,dapat B.. See,bila diorang tahu apa yang perlu dibuat,diorang boleh buat sebenarnya.. ^_^.v..

Rezeki untuk diorang,dapat lulus peperiksaan, Rezeki untuk si Aki,mau pegi Pekan Tenom,ada saja orang yang belanja makan,minum atau apapun.. Ya,mereka adalah ibubapa kepada pelajar-pelajar si Aki.. Dan mungkin itu tanda mereka berterima kasih kepada si Aki.. No worry,si Aki ikhlas juga mengajar anak-anak diorang..

Sekarang,terbayang budak-budak di kampung tu,siapalah agaknya yang akan buka lagi tuisyen free untuk ajar budak-budak tu.. Patutnya,sesiapa yang agak berpendidikan tu,cubalah untuk memberi khidmat kepada orang kampung.. Bukan rugi pun ajar budak-budak tu.. Lagi untung bila diorang berjaya.. Betul kan??

Ok,hari ini terlebih mengarut pula.. Sambung kerja balik.. Bye.. ^_^.v..

klik gambar untuk lebih menjiwai..



Aki : Antara Engineer Aki atau Cikgu Aki,hm,ok,Engineer Aki lebih sesuai kot.. ^_^.v..

by ©eXYanne Collection

Related Post



15 hacking script:

kay masingan said...

untuk mengajar, tidak semestinya perlu jadi guru bertauliah. Sesiapa saja bole jadi guru, jika ada keinginan dalam diri. Macam si aki, jadi guru tuisyen..bagus bah si aki ni..
tapi kalau saya yang setakat ada kelayakan ajar KH ni, la pula mau buat tuisyen...tidak da juga murid yang berminat tu....hehe

Elih Japahar said...

Bagus lagi ko jadi engineer bah Aki, cikgu sekarang selalu masuk mahkamah kalau inda sabar...pukul sikit sudah report polis,institusi keguruan semakin tergugat sekarang ni..bagus lagi mak bapak dia yg ajar!

dihadiha said...

rex bagi tuisyen free. bagus sangat2 bah. sa pun tak kisah bg tuisyen free. pahala sampai mati.

tapi sy tak reti lah mahu terang sama mereka. sa tak pandai mahu ajar kalau kelompok besar. kalau ajar sorg boleh lah.

p/s : cakap laju, student susah mahu tagkap

beaty said...

WAH C AKI BAIKHATI MAU AJAR FREE SEJA..HEHEH...SA PUN MINAT JADI CIKGU JUGA...HEHE TAPI TEDA PELUANG NI

Yvonne Iman Felicianus said...

wah!tahniah AKI..misti kau bangga kan dpt ajar drg..hehe sa pun mau jd cgu tp mcm kau ckp maktab tidak mau sa..hmmm..

L said...

ibadah sunat vs menda dilarang!!=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/ibadah-sunat-tp-xbetul-caranya.html

nowriz said...

wah.. congrats aki.. usaha murni mu sukses ehh.. sy nda boleh mengajar.. walaupun suatu masa dulu sy berkeinginan mo jadi cikgu.. sy punya karakter sangat garang time mengajar.. buktinya bestfren sy sendiri berair2 matanya masa dia minta ajar subjek akaun.. huhu

Azeanthy Paiman said...

Aik,tbalik pula kita aki...c aki bminat jd guru,tp maktab tdak bminat dgn c aki..sya pula x bminat kpda c mktab,tp c mktab bminat dgn sy...hee....


anyway,mau jd guru kna la ikhlas kn hati..apalagi mgajar budak2 yg nakal...tp mgajar itu suatu ibadah..=)

Dida LiciouS ♥ said...

salute la sama ko Aki...sy dulu pun pernah jadi guru ganti...then lebih separuh dr family sy pun cikgu, dad pun expect me to b a teacher one day but i am not! mungkin bukan nasib hehe...apapun klu niat kita mengajar utk membantu, surely u'll see the good outcome kan?..^.v

ABU said...

wah bagus betul ko ni aki mendidik anak bangsa..yg kompom E damat B..tahniah..aku teruskanlah usah murni itu hehehe

echaRierie said...

woah..bgs pglmn ci Aki ni..hehe..
berjasa sdh ko..

Amiirah-Cassan said...

hakhak ~ sa suka ~ hee sa dulu cita2 mo jadi guru , tapi masa d matric kan , ajar2 orang , mcm jadi tutor gtu , i failed oo , huhu terus rasa tak yakin lae mo ajar org , sbb im an emotional person , huuhhh

nunui Joe said...

Betul tu! Tolong anak bangsa kita no hal bah tu kan. Apalagi yang sekampung. Yakan student sy pun bermasalah juga. Tapi sy paksa juga dorang supaya dpt A. Hurm mau tengok juga tu kan dorang punya kemampuan. Tapi telampau kuat main dorang ni selalu kena marah. adadahh

cik ungu said...

Salam

ok komen ni sungguh xde kene mengene dengan entri. tapi dah aki kata tulis je kat mana2 entri, maka menurut titah!


loading page ok. susun atur widget ok. aki letak button follow kat bawah skali mungkin sbb nak org yg dtg page aki scroll sampai bawah kot. tapi rasanya kotak follow lagi cun kalau duduk dekat2 dengan shoutbox. senang nak tnggal jejak dan follow. tapi tak efek mana pun susunan skrg. ok je.

tapi macam lagi nampak kesinambungan kalau apape berkaitan facebook tu aki letak sebelah2.

ehh ape aku merepek ni.
kesimpulannya blog aki dah ok dah!

misya mialen said...

Bagus ki ajar budak ni.;D.Tahniah sbb teknik pengajaran berkesan.hihihi.actually mengajar ni perlukan kesabaran. klu x ada kesbrn, mmg suma akan terbang. masuk maktab sbnrnya btujuan utk melatih bakal cikgu utk lebih kuat dan belajar lebih lagi tentang pedagogi dan psikologi sebenarnya. sbb, bila masuk sekola, kita bukan saja mengajar supya budak pndai dan lulus dlm pelajaran tp, kita ajar mereka supaya berdisplin dlm hidup, bermatlamat dan cemerlang dari segi JERIS (Jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual). Masa mengajar tuisyen, yg lemah kita asuh utk jd pndi tpi sekolah kita ajar lbh dari itu. u know ki, bila aku masuk kelas yg ada 47 pljr, naa, di sana lah kesabaran diuji.sbb ada yg nakal, ada yg ok dan ada yang mahu naik hantu jg ko ajar.hahaha.jd cikgu kena ada psikologi tinggi.sbb kita mau budak tu pandai dlm pelajaran dan cemerlang juga dalam hidup.^_^

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..