Thursday, August 11, 2011

Kenapa Komuter Lembab??

klik gambar
Bagi kebanyakkan warga kota di KUALA LUMPUR,hidup memang tidak dapat dipisahkan dengan komuter. Komuter yang menawarkan perkhidmatan termurah serta jaringan perkhidmatan untuk kawasan yang agak besar menyebabkan komuter menjadi di antara pilihan utama pengangkutan.

Namun,sering terdapat masalah untuk perkhidmatan yang dimonopoli oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad ini. Antara yang selalu kita dengar dari orang adalah,perkhidmatannya yang selalu tergendala, tren rosak, dan macam-macam lagi. Kenapakah semua ini berlaku??


Adalah sangat mustahil,perkhidmatan yang sudah berbakti puluhan tahun di Tanah Semenanjung,tidak mengerti keluh kesah penggunanya. Mustahil bagi mereka untuk tidak memperdulikan pelanggan-pelanggan mereka. Tapi,kenapakah perkara-perkara seperti ini masih terjadi?

Ok,menurut satu sumber sangat dipercayai yang dirahsiakan nama dan jawatannya berkata,punca utama kelemahan KTMB dalam menangani isu ini adalah kerana Purchasing System.


Satu masa dahulu,Komuter yang menggunakan tenaga elektrik sebagai kuasa untuk bergerak mempunyai 60 buah tren. 60 buah tren merupakan satu nilai yang agak besar dan mampu menampung keperluan pelanggan sekalipun jaringan kawasan perkhidmatan adalah begitu besar,iaitu Laluan Seremban-Rawang dan Laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves.
klik gambar untuk zoom
Namun kini,komuter yang masih mampu beroperasi seperti biasa,hanya tinggal 18 buah!! Lebih daripada 2/3 tren komuter itu kini sudah tidak berfungsi. Jadi,bagaimana dengan perkhidmatan KTMB? Ya,sudah pastilah terganggu.. Sekiranya ada tren yang bermasalah,tiada tren ganti untuk satu-satu masa itu,maka,terpaksa menunggu tren seterusnya,dan pastilah,berlaki kesesakan di kalangan pengguna KTM..

Ok,masalah ini berlaku kerana,pihak yang berwajib (sendiri mau ingat ahh) membeli hanya 60 buah tren tanpa spare part satu masa dahulu. Jadi,jika salah satu tren mengalami kerosakan,tren itu hanya akan duduk di dalam depoh dan bakal menjadi spare part untuk tren lain.. Hal ini menyebabkan,60-42 = 18.. Haha..

Jadi,jangan semata-mata menyalahkan KTMB kalau komuter lembab ok?? Biarpun si Aki selalu menyalahkan KTMB sebelum ini,si Aki tarik balik.. Semuanya.. Hehe.. Yang perlu dipersalahkan adalah orang yang menandatangani Sistem Pembelian Tren Komuter ini yang rasanya,anda sendiri pun paham-paham la.. ^_^.v..

keadaan sesak di KL Sentral merupakan perkara biasa
stesen kecil pun boleh sesak

Aki : Aduh,naik komuter lagi petang ni.. T_T.v..

by ©eXYanne Collection

Related Post



12 hacking script:

Xx said...

nnt sa p kl , bakal selalu naik ni barang la ni kan ?

Echa said...

owh..macam tue rupanya..
kesian rusak sdh yg lain..huhu..
bha..bilalah phk b'tggjwb tue beli mcm tren sn jepun r..hahaha..

ko tau Aki..klu sa nek komuter dr mid pg rawang kdg2 singgah lg di sg.buloh kena suruh tunggu tren yg lain..
kecewa owh maka ndalama lg smpai rwg..huhu..

.dida mumin♥ said...

saya faham & mengerti tu aki..dulu2 pg sg.buloh & M.valley naik komuter mmg mentensionkan sbb sudahlah bersesak2, pastu lambat lagi tu menunggu....

Jom! salahkan si tukang sign agreement yg nda pandai baca agreement...

Mixhedryanson said...

mau beli barang tuk raya kan.. mestilah sesak..

Yen said...

ya btul aki, tp itu kisah dulu..kenapa sampai skrg pun tiada jalan penyelesaian..semua itu bukan la alasan untuk tidak membuat penambah baikan seperti beli tren baru@apa2 cara yang boleh membaiki kemudahan ini...tida mungkin la dalam belasan tahun langsung tida mampu beli tren baru kan..stesen suda berlambak2 buka baru..cuba ko fikir, kos buka@buat stesen baru berapa juta? tidak kah lebih bijak sekiranya durg menyimpan duit untuk m'beli tren baru untuk membaiki perkhidmatan komuter ini.

p/s: skema pla ayat sa kan..haha..kes nda puas ati ni..hahaha!

Isaac Tan said...

thanks for sharing bro. :) Sometimes its unavoidable.

nunui Joe said...

mula mula dulu sy bingung tidak pandai baca tu peta komuter. Haha. Sekarang sy pandai sudah. Sy suka naik tu :D.

P/s : makin lambat ka plk? hurm. Nasib sy selalu naik rapidkl pnya bus ja di sana :D

jfook said...

I seriously hate KTM. Always slow and smelly.

Alif Haris said...

perghh aku dah puas naik ktm dgn sesaknya .. skrg dah bermotor ke sana sini :)

kay masingan said...

memang sesek gila! tiap2 tahun saya akan jalan2 ke semenanjung dan akan melihat perkara yang sama juga. dengar2 komuter baru tu dibeli -dan digunakan nanti tu dari China o kan?
betul kah aki?

"train ke Rawang akan sampai sebentar lagi"- mcm itu kah tu aki? terngiang-ngiang di telinga sia o tu pengumuman...hehehe

Mitchamorchell said...

sb tu lah sya enda suka ktm ne.. owez ada2 ja problema n lembap lg.. tp mo tia mo kena naik jg.. haizz..

Unknown said...

Tumpang lalu...komuter baru bli ni ok la kot...luas, cerah, panjang...BUT!!! ( xtau la kalau drebar sama cam dulu ) xpunctual, smpi stn pastu gostan, stn komuter nyer kaunter tiket ada 4 tp 1 je bukak, TnG dwvice rosak pagi2 during rush hour, papan tunjuk masa lagi la xpunctual / xfunction...ktm ni kan service provider tp xberapa nk customer oriented...tgk kl sentral sudah la...in/out gate byk, bape je function? Semua kena ada org tggu check ticket...haih...so bukan prob pd komuter tren itself saja...the whole ktmb komuter system patut improve...::how i wish the rapid lrt management can take over their operation n improve to be at least punctual as their lrts:::

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..