Saturday, September 17, 2011

Perkongsian : Jenama

Peringatan : entri ini berunsur ke"Kristian"an, anda dialu-alukan membaca sekiranya anda sudi, dan ini hanyalah pendapat penulis.


Ayat Renungan : Yoh 12 : 44  ‘ Tetapi Yesus berseru kata-Nya : “Barangsiapa percaya kepadaku-KU,  ia bukan percaya kepada-KU, tetapi kepada Dia, yang telah mengutus Aku”



Perkongsian yang memberi soalan!!

Ubat Gigi

Apakah jenama ubat gigi anda??

Ok,kalau di kampung, zaman saya kecil dulu,orang kampung biasa panggil Colgate!! Pigi kedai,tanya ada jual colgate atau tidak.. Padahal tu kedai jual fresh and white..

Sama juga macam Maggi.. Semenjak maggi punya perencah didapati mengandungi krustasia,terus di rumah tiada beli maggi.. Tapi bila masa makan,pertanyaan comel yang sering ditanya “Bah,buat sup maggi”.. “Apa maggi kau??” “Maggi jenama Cintan”.. Yalah,panjang mau sebut Mee Segera kan??

Kenapa kita label semua tu macam tu?? Sebabnya,kita mengenal yang itu dulu kan?? Jenama tertua itu, menyebabkan kita label semua yang lahir selepas itu adalah daripada jenama itu.. Padahal, terang-terang ada nama lain untuk itu.. Contohnya,colgate sebenarnya adalah ubat gigi.. dan maggi sebenarnya mee segera..

Persoalan Pertama : Apakah kita sukar menerima satu jenama yang baru?? Apakah kita sukar memanggilnya dengan nama yang lebih sepatutnya?? Dan apakah kita tidak mahu menukarkan cara kita memanggilnya kepada yang betul??



Rahsia di Sebalik Patung Ular Tembaga

Ketika bangsa Israel dalam pelarian menuju ke Kanaan,di satu padang gurun,ramai orang bersungut-sungut. Diorang komplen makanan tidak sedap,air tidak cukup. Lepas tu,Tuhan mendatangkan ular-ular berbisa di kalangan bangsa Israel,dan ramai yang dipatukknya..

Lalu bangsa Israel,insaf dan memohon Musa berdoa kepada Tuhan untuk mengampunkan mereka.. Lalu Tuhan pun menyuruh Musa mendirikan sebuah patung Ular Gangsa..

Dalam Bilangan 21 : 9 ‘Lalu Musa membuat ular tembaga dan menaruhnya pada sebuah tiang; maka jika seseorang dipagut ular, dan ia memandang kepada ular tembaga itu, tetaplah ia hidup.’

Persoalan Kedua : Apakah keIstimewaannya Patung Ular Gangsa itu, yang menjadi punca kesembuhan mereka,sehinggakan bangsa Israel menyembahnya sehingga ratusan tahun??


Bola Sepak...

Ada iklan sebentar.. Esok malam jam 11,ada MU lawan Chelsea!!
-Jadi Kaki Bola tu,mesti duduk depan TV,
-Yang Perempuan,masak awal-awal kalau mau pasangan kamu makan masakan kamu..
-Yang bujang,makan di kedai mamak..

OK,siapa penyokong Chelsea?? Siapa penyokong MU??

Ok,di website-website Fan-fan yang berkaitan,banyak yang saya nampak kutuk pasukan lawan masing2.. Ini lah,itulah..

Sebenarnya,apa yang kami semua suka tengok time main bola?? Penyokong MU,tengok pemain MU main bola,Penyokong Chelsea,tengok pemain dia main Bola.. Yang ditengok sepanjang 90 minit itu,adalah BOLA!!.. Pemain di padang tengok bola,penyokong dalam stadium tengok bola.. Dan yang di rumah tengok Bola..

Persoalan Ketiga : Adakah anda yakin,dengan pasukan anda boleh bermain Bola itu dengan lebih baik dari pasukan satunya?? Dan Adakah anda boleh meyakini orang lain untuk sama menyokong pasukan anda??





Mari kita menjawab persoalan-persoalan kita 1-1..

Persoalan Pertama : Apakah kita sukar menerima satu jenama yang baru?? Apakah kita sukar memanggilnya dengan nama yang lebih sepatutnya?? Dan apakah kita tidak mahu menukarkan cara kita memanggilnya kepada yang betul??

Kisah Para Rasul 11:26 ‘Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhialah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristen’

Perkataan Kristian,bermaksud pengikut Yesus.. Christ..ian.. Jadi,bermaksud,Bapa tidak pernah menjenamakan AGAMA kita.. Yang memberi nama agama itu adalah Manusia.. Dan apa yang kita sering dengar?? satu-satu agama itu dipilih Tuhan,dan agama lain,salah..

Jadi,macam Maggi dengan Colgate tadi,beberapa dari kita,mungkin mewarisi agama kita sekarang ini,daripada orang tua kita. Kerana ini adalah jenama yang kita kenal.. Kristian sebagai jenama ciptaan manusia,sebagai platform untuk memuliakan nama Tuhan..

Jadi,sekarang,menurut anda,apakah Kristian adalah agama yang pasti merupakan pilihan Tuhan??  Walhal ianya Cuma jenama ciptaan manusia??


Jadi,kita pergi kepada persoalan kedua..

Persoalan Kedua : Apakah keIstimewaannya Patung Ular Gangsa itu,sehinggakan bangsa Israel menyembahnya sehingga ratusan tahun??

Seperti yang kita tahu,bukan Ular Gangsa itu yang menyelamatkan bangsa Israel,tetapi perkataan Tuhan seperti yang terdapat dalam Bilangan 21 : 9 ‘Lalu Musa membuat ular tembaga dan menaruhnya pada sebuah tiang; maka jika seseorang dipagut ular, dan ia memandang kepada ular tembaga itu, tetaplah ia hidup.’

Dalam 2 Raja-Raja 18 : 3-7 menceritakan yang Hizkia,telah menghancurkan Ular Tembaga yang didirikan Musa, Ular Tembaga yang disembah oleh umat Israel ratusan tahun. Dan Hizkia memperoleh berkat berkelimpahan selepas itu.

Kenapa Hizkia yang merosakkan Ular Tembaga itu memperoleh berkat berbanding bangsa Israel yang menyembah Ular Tembaga itu?? Kerana Ular tembaga itu hanya patung semata-mata,manakala Hizkia pula,menyembah Bapa yang di Sorga,bapa yang disembah oleh Daud,datuknya..

Jadi,Tuhan tidak pernah menjenamakan agama itu sebagai Kristian,atau apapun. Yang menjenamakan itu,adalah Manusia.. apa yang Bapa mahukan dari kita,hanyalah penurutan kepadanya.. dan kenapa kita dipanggil Kristian?? Sebab kita mengikut Yesus,Christian, sama seperti ayat renungan kita iaitu Yoh 12 : 44  ‘ Tetapi Yesus berseru kata-Nya : “Barangsiapa percaya kepadaku-KU,  ia bukan percaya kepada-KU, tetapi kepada Dia, yang telah mengutus Aku”

Itu sudah menjadi sandaran kita.. dan kenapa saya memilih SDA?? Agama lain pun menyembah Tuhan..

Sebabnya, dalam Yesaya 24 : 5 mengatakan ‘Bumi cemar karena penduduknya, sebab mereka melanggar undang-undang, mengubah ketetapan dan mengingkari perjanjian abadi.’

Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh manusia terhadap perkataan-perkataan Tuhan,menyebabkan ada ajaran-ajaran yang agak menyimpang daripada kata-kata asal Tuhan. Setakat apa yang saya pelajari dan dengar,SDA masih mengikut secara lurus,apa yang diajarkan oleh Tuhan,di dalam Alkitab,tanpa sebarang pengubahan. Itulah yang menyebabkan saya terus menjadi SDA. Sekalipun cara perbaktian kita sudah berubah,mengikut peredaran zaman, mengekalkan nama khas Kristian SDA dan mengekalkan penurutan kita 100% terhadap apa yang Tuhan mahukan iaitu menyembah Dia dan hanya Dia sahaja..

Dan persoalan yang terakhir sebagai kesimpulan..

Persoalan Ketiga : Adakah anda yakin,dengan pasukan anda boleh bermain Bola itu dengan lebih baik dari pasukan satunya?? Adakah anda boleh meyakini orang lain untuk sama menyokong pasukan anda??

Anda di dalam Pasukan Kristian,bukan melawan pasukan lain,tetapi berjuang bersama pasukan anda,untuk memenangi perlawanan. Memenangi peperangan ke atas Setan yang ingin menyesatkan kita,menghalang kita memuliakan Bapa.. dan jangan lupa,adakah anda boleh meyakini orang lain,untuk turut sama-sama menyokong pasukan anda?? Yakin dengan pasukan anda untuk memenangi peperangan akhir kita nanti. Kita sebagai Kristian,mesti mampu,sekiranya apa yang kita buat,adalah demi Tuhan.. Ya,yang pasti,Lakukanlah semua itu demi kemuliaan TUHAN!!

Tuhan Memberkati kita Semua..

Selamat Hari Sabat semua!!


Aki : Dipetik daripada Khotbah si Aki Sabbath ini

by ©eXYanne Collection

Related Post



8 hacking script:

Eudora Priscilla said...

Sy yakin dgn pasukan saya!
Tuhan memberkati kita semua, Amen :)

Nani said...

psl agama no komen tapi kalau colgate sama maggi tu sudah jadi bahasa ba tu sama kita hehe... aku pun mula2 bingung, kenapa ubat gigi kita panggil colgate dan mi segera kita panggil maggi? ya mcm yg Aki ckp itulah jenama pertama yg kita kenal maka semua produk seumpanya slps itu kita gelarkan dgn jenama yg mula2 kita kenal....

Kalau Maggi tahu sama Colgate bahawa jenama drg sgt dikenali di sini, mesti drg bangga ni. Cis! Hehe..

beaty said...

Aki I believed GOD! I was read at group at the FB and its say "agama/gereja bukan jalan keselamatan, tapi TUhan adalah jalan keselamatan". Just keep the faith inside us!

wah pasal tu colgate tu,,erm ko tau ka d smjung pun panggil colgate juga ka? or durang panggil ubat gg kan..erm terbiasa suda bh tu..

P/s : aki ko preaching suda ni.. thanks, for the sharing ya

MosePA said...

Hi Aki... Entri ko ni membuatkan kepala sya bekerja keras untuk memahami maksudnya... kounsikou untuk sharing ini... Betul tu, wherever we are... God is the number 1 in our life... But mostly, people are too materialistic... Sometime, we are one of them... It is only by faith we can overcome this temptation... Amen.

Maggie? Colgate? It's part of the words we constantly use to speak when we want to address those stuff... Haha...

Idea2Talk @ I2T said...

Sia suka yang pasal penjenamaan semula..memang betul ada saja yg terlalu pro mazhab,sdgkan Tuhan kasi turun satu agama saja..Dan komen beaty, bukan gereja jadi penyelamat kita, kita pny gereja bisa runtuh, tp iman kita tidak akan runtuh kalau kita percaya pada Dia...Jadi, percaya pada yang satu, bukan percaya kepada ideologi atau hukum dibuat orang...jauh~

Koh Kian Fai said...

Guna Colgate . . .

Makan Indo Mee Double dengan Telur Mata hahaha :P

Tapi aku bukan Christian X)

Anonymous said...

aki,thanks for the post ..

nahh..sa inda tepigi chrch bah ni ari..tapi nasib baik ko ada post kotbah ko di sini..at least sa inda ketinggalan kotbah ko yg best ni..

btw,sia buli copy ka ni kotbah ko.. mna tau lainkali turn sia pula kotbah di kampung.. hahaha

sa inda mau ulas sudah la psl tu jenama tu sbb mmg suda bulat2 suda ko terang kn..hehehe

Nanti kasi post lg...suka sia baca ni..hehe

Anonymous said...

Well said :)

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..