Thursday, July 14, 2011

Panduan Undang-Undang sekiranya Anda Ditahan Polis



1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.Lain-lain Warna :

Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis SimpananAmbil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda..


2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

3. POLIS MENANGKAP ANDA

3.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

3.2 Ambil butiran polis yang menagkap anda
Semasa ditangkap, ambil butir-butir nama polis yang menagkap anda seperti nama, nombor pengenalan polis.Jika polis itu berpakaian biasa, dapatkan nama polis tersebut.

3.3 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.Walaubagaimanapun, kekerasan yang digunakan mestilah seminimum mungkin, cukup setakat untuk menangkap.Polis tiada hak untuk memukul dan bertindak ganas terhadap anda.

3.4 Polis tidak boleh merampas barang peribadi semasa tangkapan
Polis tidak boleh merampas barang peribadi anda seperti dompet dan telefon bimbit semasa tangkapan. Barang-barang ini hanya boleh diambil apabila anda dihantar ke lokap untuk tahanan di mana barangbarang ini perlu direkodkan terlebih dahulu dalam Borang Senarai Rampasan.

3.5 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

3.6 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.

3.7 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

4. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

4.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain (Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 28A Kanun Acara Jenayah).

4.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

4.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

4.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

4.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk
menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

5. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS

5.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

5.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

5.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

5.4 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah (seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah). Contohnya anda boleh berkata “saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112 (2)” Atau “Saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah”.

Elakkan bersembang-sembang kosong dengan polis, fokus dengan jawapan yang diberikan kepada
soalan-soalan yang ditanya.

5.5 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

Polis hanya boleh mengambil keterangan anda di bawah seksyen 112 di mana anda berhak untuk
berdiam diri dan hanya memberikan butir-butir diri seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja.

Polis tidak berhak mengambil keterangan atau sebarang maklumat yang tidak berkaitan daripada anda selain dari keterangan di bawah seksyen 112.

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

Polis tidak boleh menahan anda lebih dari 24 jam tanpa dibawa ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman (Artikel 5 (4) Perlembagaan Persekutuan, seksyen 117 Kanun Acara Jenayah)

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.

Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4
hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama.

Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan
guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon agar perintah reman tidak diberikan atau mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7.0 PENDAKWAAN

7.1 Polis boleh mendakwa anda di bawah:-
Akta Polis 1967 - Perhimpunan Tanpa Permit
Seksyen 122 Kanun Keseksaan - Pengisytiharan Perang terhadap Yang Dipertuan Agong
Kanun Keseksaan - Menyertai Perhimpunan Haram dan Rusuhan
Akta Hasutan 1948
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
Akta Percetakan dan Penerbitan 1986
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

7.2 Jangan mengaku salah atas pendakwaan
Anda dinasihatkan untuk tidak mengaku salah di Mahkamah apabila pendakwaan dibacakan, dan
pohon untuk dibicarakan.

8.0 JAMIN
8.1 Setelah dibacakan pertuduhan di Mahkamah dan anda mengaku tidak bersalah, anda berhak
dilepaskan dengan ikat jamin yang akan ditetapkan oleh Mahkamah (seksyen 29 Kanun Acara
Jenayah)

8.2 Sebelum Mahkamah menetapkan ikat jamin, nyatakan beberapa faktor untuk mengurangkan
ikat jamin seperti:-
- anda adalah penyara keluarga
- bilangan ahli keluarga di bawah jagaan anda
- umur anak-anak anda
- anak-anak yang masih kecil/bersekolah
- pendapatan anda


Sumber : TimvsAedlex <- Klik sini,dan follow.. Pasti tak rugi.. Terlalu banyak info yang menarik!! ^_^.v..

Aki : Yeah,Lepas ni tau sudah hak masing2 kan??


by ©eXYanne Collection

Related Post



7 hacking script:

aemynadira said...

Ok sy baru tau pasal ni. thx Aki!! ^^

Aki said...

Aemy : Penting ni.. baca betul2.. ^_^.v..

Alif Haris said...

we have right to defend ourselves :D..

thanks bro aki ^^

Abu Bagi said...

ooo aku baru tahu semua ni..blh kah aku print ni aku aku mau buat note..lengkap ba maklumat kau ni..

aemynadira said...

hehe ya ba...abg sy pun polis.. :p hehe..

Fadzmie said...

Semua ni penting kalau kita tidak kenal mana-mana polis di kawasan kita. Kalau kita kenal, tiada masalah. Bawa minum ja tu polis. Sanang. Haha.

beaty said...

wah si aki sekarang ajdi pulis suda...dui iya bagus ni panduan tuk tatapan semua..banyak kan pulis palsu sekarang

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..