Wednesday, August 24, 2011

Kata Lawan (Antonim)

Ok,hari ini,oleh sebab terlalu sibuk,si Aki share sesuatu yang mungkin ada sudah baca.. Tapi,oleh sebab best,si Aki share untuk perhatian anda semua..

Kata Lawan [Antonim] merupakan salah satu sukatan pelajaran dalam matapelajaran Bahasa Melayu daripada sekolah rendah hinggalah sekolah menengah..

Ber'antonim' dengan sinonim,Antonim lebih mudah dicari berbanding sinonim.. Dan itulah salah satu sebabnya,kenapa topik antonim menjadi keminatan oleh banyak pelajar.. Mari kita lihat contoh satu sesi tentang ANTONIM..



Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Contoh yang baik bukan?? Sekarang anda faham apa itu ANTONIM?? ^_^.v..

Sumber : Koleksi Cerita Lucu Yorut-Orut


Aki : Faham sefaham fahamnya cikgu.. Ho ho ho..

by ©eXYanne Collection

Related Post



11 hacking script:

Amiirah-Cassan said...

haha siottt , ni macam rakaman indon penah aku dgr , hihihi lawak eh

kay masingan said...

hehehehehehe.....jadi jangan sesekali melayan hal-hal kata lawan ni...nanti kena sendiri..hehe

v said...

hahahaha sa pernah dingar ni...memang lucu!

Aemy Shamy said...

hahahaha!! sot! sy pernah dgr tp lain punya version..version yg ni lg best pula..hahaha....! agak lurus tp make sense jg :p hehe

Fadzmie Mohamad said...

Haha. I LOLed tiap kali baca benda ni. Kalau saya jadi tu cigu, memang saya rutan semua tu budak-budak. Cuba tingu apa lawanan diurang sama tu rutan saya. Haha.

Cahya Qasehnya said...

faham cikgu. :)

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

mcm dlm crite P.ramlee lah..hehe..lawak gile..:D

donnyien said...

hai..menarik gia blog kau ni gaman..hehe

virgo19 said...

hahaha lawak la...klu aku jd cikgu bsabar gila aku geng...:D

Armstrong said...

LOL itu cikgu, epic fail suda dia. Baru dia taaaw. Hahaa.

Tapi actually semua murid dia pandai ba. Buli jawab dengan pantas... betul lagi semua tu. Ada yang sensitive part juga la, wakakaa.

beaty said...

wakakakakkaka..katawa sia aki...nh kana bh ti cikgu

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..