Friday, August 12, 2011

Medan Selera di Midvalley City

Midvalley City

Midvalley City terdiri daripada 2 bangunan megamall iaitu Midavalley Megamall dan The Garden serta bangunan-bangunan pejabat seperti CentrePoint North & South,Menara IGB dan 2 Blok bangunan Pejabat. Secara keseluruhannya,Midvalley City adalah kepunyaan IGB Corporation.

Jadi, hari ni si Aki nak cerita sikit pasal Medan Selera di Midvalley City!! ^_^.v.. Sebagai warga 5/7 Midvalley,semua Medan Selera yang ada di Midvalley City sudah ditemui dan dikenalpasti dan juga dicubaguna.. Hahaha..


  • MAKAN PLACE

Juga dikenali sebagai DBKL di kalangan pengunjung tetap atau yang bekerja di Midvalley City,Makan Place adalah tempat yang paling sesuai untuk makan hari-hari kerana Makan Place merupakan medan selera yang menawarkan harga makanan yang paling murah di antara semua.

Terletak di basement floor dan sempadan di antara Midvalley Megamall dan The Garden, Makan Place merupakan medan selera paling sibuk di Midvalley City. Keadaan di sini agak panas dan berbau (asap rokok). Makanannya pula masih memenuhi citarasa.. Memang padan dengan harga la.. ^_^.v..
Pintu Masuk Makan Place
Keadaan di dalam Makan Place



  •  OASIS FOOD COURT

Oasis Food Court yang terletak di tingkat 2 East Atrium,Midvalley berhadapan dengan pintu masuk JUSCO. Makanan di sini lebih mahal berbanding Makan Place,tetapi,masih boleh diterima pakai oleh poket si Aki. Keadaan lebih selesa di sini kerana tidak ada orang yang merokok.

Namun begitu,masih agak panas,tetapi kurang berbanding Makan Place. Makanan yang ada di sini juga agak sedap,dan antara yang terkenal ialah Portugese Grill.

Pintu Masuk Oasis Food Court
Ruang dalam Oasis Food Court


  • FOOD JUNTION

Food Junction terletak di tingkat atas Midvalley Megamall bertentangan arah dengan Golden Screen Cinema. Makan di sini,memang terbaik,tapi harga pun memang terbaik!! Setakat ini,si Aki baru 2 kali pegi makan di sini.. Kegemaran si Aki,mesti la yee mee,ada air-air,lepas tu panas-panas.. apa nama tu?? oh ya, Sizzling Yee Mee.. ^_^.v..

Keadaan Makan di sini agak selesa sebab kurang manusia-manusiawi (pada waktu pejabat),kurang panas dan persekitaran yang agak luas. Yang banyak,kedai makan.. Cuma harganya sahaja yang agak mahal berbanding Oasis dan Makan Place.. Dan kepada Sabahan,ada satu Kedai Jual Nasi Ayam yang tidak diingati nama kedainya, merupakan kedai yang semua pekerjanya adalah Sabahan.. Hehe.. ^_^.v..

Food Junction


  • FOOD GARDEN

Food Garden terletak di The Garden.. Ini medan selera kegemaran si Aki kalau berjumpa dengan skandal-skandal yang terdiri dari sepupu-sepapat,kawan-kawan sekolah dulu dan mungkin dating dengan si Sumandak beberapa hari lagi.. Haha..

Makanan di sini harga lebih mahal dari Oasis tetapi murah berbanding Food Junction!! Cuma minuman agak mahal di sini..

Di Food Garden apabila memandang ke luar tingkap,anda dapat melihat kawasan Bangsar dan Kerinci memanjang ke Pusat Bandar,so,nampak agak ekslusif sikit la.. Bila nak dating tu pun,kurang sikit rasa segan bila tak ramai sangat yang ada di sana. Tambahan pula,makanan memang best. Kegemaran si Aki di sini adalah nasi goreng dalam nenas.. hm,apa ya... Oh, Pineapple Fried Rice.. terbaik!! ^_^.v..
Pintu Masuk Food Garden
Keadaan di dalam Food Garden

4 medan selera ini ada di Midvalley City,di mana 1 hingga 3 adalah di dalam Midvalley Megamall, manakala yang keempat itu terdapat di The Garden.. Jadi,jika anda singgah ke Midvalley City,panggillah si Aki kalau ingin membelanja si Aki di mana-mana medan selera ini OK?? ^_^.v..


Aki : Hm,ini baru medan selera,kalau restoran lagi?? Haha..

by ©eXYanne Collection

Related Post



12 hacking script:

aemynadira said...

waa bnyak oh tmpat makan sana kan, x susah mau cari makan ni klu tinggal ctu..best, best! ba nnt klu sy p sana, ko tour guide sy aa...sy blnja ba :p haha..

Unknown said...

wah... terbaik la aki!! punya lama sy nda p midvalley.. dulu2 tempat dating ni kunun.. sebelum sy kenal BB.. hahaha

imagine ja naik komuter dari batu 3 pegi kl sentral pastu baru transit p midvalley.. jauh perjalanan lalala..

hmm.. apa khabar sudah 'dia' ya? ;)

Echa said...

wahhh..punya best..hahaha..food junction ja sa pernah mkn owh..salu pg kfc,mcd, donut..hahaha..

isnin lalu sa pg the garden..tp time posa pula..nda buli mkn..hahaha..

beaty said...

ko tau aki sa tepigi sana cititel midvalley seja..tidak pernah p mall dia ni...hehheh aki nanti lau sa p kl..ko jadi guide sia ahh

StellaClaire-Richard said...

lama suda sya x p KL owh..adeh..

fazrulnoor said...

waaaa si aki..sa suda lama nda pigi sana..bawa sa boleh ka

Xx said...

cool , gimme more , gimme more ! and then take me there :) hehehe ya ?

Unknown said...

None of the above. .hehe

Food junction ,reminds me of food court at minpro mall,.a place to hang out with berks. . .miss them so much:-(

Beatrice Bianus said...

hebat gilerr..sy mo kasi tingu ko medan selera sini tuaran, sabah bleh ka?hahhahahahhaa.....okey apa...medan sini banyak kucing..ahakxx..

kalah medan di Midvalley City..haha

Mitchamorchell said...

mc mn klu sya mo pgl si Aki kalau ingin DIbelanjai oleh si Aki d mn2 medan selera pla? ;p lol..

.dida mumin♥ said...

ingatkan ko mo membelanja mkn....rupanya ko kestau tpt mkn dlm mv & sy cuma tau 1 saja yg food junction d tkt.3 tu...baru sa tau ba...'ramai' pula tpt mkn d sana tu kan..hehehe

Idea2Talk @ I2T said...

Punya mahal di sana tu,ko (AKI) p makan situ lagi..ahhaha...

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..