Friday, September 2, 2011

Adakah anda TAHU??

Mari kita lihat sedikit fakta untuk pagi ini.. Post hari ini dan semalam semuanya gara-gara si Aki membaca REMAJA keluaran September milik si Sumandak.. Muka depan dia adalah muka si LinJas yang comel tapi si Aki tidak suka.. ho ho ho..


Info-info yang simple ini kadang-kadang kita terlepas pandang. Jadi,sekali sekala,kita melihat semula,pasti tidak bermasalah kan?? Hm,sebenarnya si Aki dan si Sumandak mau pegi IT Fair yang diadakan di Midvalley sekejap lagi.

So,mari kita mulakan dengan......


Merokok
Merokok ketika di alam remaja akan menghasilkan batuk yang kronik, penghasilan kahak yang banyak, risiko peningkatan penyakit pernafasan dan penurunan fungsi paru-paru.


Pelukis
Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke-5 sebelum Masihi meninggal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.


Huruf
Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q pula adalah huruf yang paling kurang digunakan.


Senyum
Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jadi,jangan membazirkan tugas otot muka kamu.


Ekonomi
Walaupun ekonomi menunjukkan peningkatan, adalah sukar bagi remaja mencari pekerjaan sementara. Hampir 5.9 juta remaja di Malaysia yang berumur di antara 16 hingga 19 tahun mempunyai pekerjaan setiap kali cuti sekolah/ semester.


Kanak Kanak
Kanak-kanak menghabiskan masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya televisyen. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu untuk menonton televisyen. Dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. Jadi,pastikan mereka tidak menonton Shin Chan.. Hahahaha..



Diet
Disebabkan badan seseorang remaja itu berubah-ubah, adalah penting untuk berunding dahulu dengan doktor sebelum memulakan diet.


Kebenaran atau Akibat
Terdapat satu tempat di New Mexico yang dinamakan Truth or Consequences. Ia juga dikenali sebagai Hot Springs sebelum namanya ditukar pada tahun 1950.


Barcode
Kebanyakkan produk yang berada di pasaran kini mempunyai barcode bagi memudahkan proses pembayaran. Produk pertama yang mempunyai barcode adalah gula-gula getahWrigleys.


Aki : Ada juga perkara kecil yang si Aki baru 1st time dengar.. Anda?? Ho ho ho..

by ©eXYanne Collection

Related Post



11 hacking script:

Anonymous said...

Oh,Info yang sangat berguna. Terima Kasih si Aki.

Mixhedryanson said...

Makaseh untuk info. wow..

Eye Lens 4 U said...

oh.. sa baru tau da jga orang mati disebabkan ketawa ah..

beaty said...

sa suka yang fakta tentang senyuman tu...he he rajin bh c aki kasi share ni..ponsikou kio..

Elih Japahar said...

Mati disebabkab ketawa?...first tym dengar oo ...haha

Aemy Shamy said...

whoa nice facts! some of them sy baru dengar ni...sy paling tertarik yg pasal pelukis tu..hehe..

lilies.john said...

pandai baca remaja jg c aki ni.. he he

Gunaqz said...

Pasal itu diet, saya sangat setuju. Saya ada kawan yg start berdiet cara dia sendiri. Hari ke-3 dia tukar lifestyle dia, dia pengsan masa bekerja. Tkejut kami semua. Rupanya paras gula dalam darah dia mendadak turun, menyebabkan dia 'blackout'.

Sejak hari itu, saya x berani lagi menukar diet saya tanpa merujuk kepada dietitians.

Dev Clarehova said...

Dulu sa ter'diet tanpa sengaja sampai hilang 10 kg dlm 3 bulan. Tp, itu ter'diet pasal teda duit bkin makan time tinggal asrama...haha

Yvonne Iman Felicianus said...

sa takut la ni mau ketawa ni nnt sa mati..heee

nunui Joe said...

wah baru i taw semua ini :D. tengkiu aki!

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..