Friday, September 9, 2011

Mari Membantu Kerajaan Kita

Pasti sudah ramai yang tahu tentang hal ini. Apa lagi kalau bukan tentang pengenalan cukai perkhidmatan 6 % ke setiap pembelian pek permulaan Prabayar dan kredit top-up. Nampaknya kerajaan mula mengambil inisiatif terbarunya dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan kepada syarikat telekomunikasi di seluruh negara.

Dan yang seronoknya,setiap daripada kita,rakyat Malaysia bakal membantu dalam hal ini,kerana yang akan membayar bagi setiap semua itu adalah kita, PENGGUNA!!
Yang pastinya,kita akan membantu meningkatkan kadar pendapatan negara kita bermula 15 September 2011..


 Positifnya,kita semua bakal merasai kemajuan negara kerana pendapatan melalui cukai perkhidmatan telekomunikasi terhadap kita ini bakal menjadi di antara peratusan terbesar kadar pendapatan negara.

Dengan peningkatan itu,maka,sudah tentulah kemudahan, bantuan dan semuanya nanti akan dapat dijalankan oleh kerajaan dengan lebih cekap,dan yang pastinya,rakyat akan turut merasa bahagia!!

Bersama-sama kita menyokong dan membantu Kerajaan kita untuk kehidupan yang lebih maju!!

Sumber : Bernama , The Star


Aki : Sentiasa Positif.. hahahaha...

by ©eXYanne Collection

Related Post



11 hacking script:

Echa said...

sy jgk positif..hahahaha..

Unknown said...

kuikuikuikui... bertukar la kepada digi buddies.. namun, hanya dapat bergayut & sms free di siang hari.. muahahaha..

.dida mumin♥ said...

Akidal..saya faham apa maksud ko...yeah! marilah berganding bahu membantu "govt"... :(

KaoRu said...

bertukarlah ke public phone :P ngahahaa

virgo19 said...

sy sokong kta jd positif...6% mc ok ba kn..besides if e2 dpt bantu our country then ok...tp hopefully la lps ni jan la kena kc nek utk benda2 len pla kn...

Elih Japahar said...

Sudahlah ko Aki ! tidak pasal2 tandas pun ada tax 6% nanti...walaumcmmana pun kena bantah dulu baru setuju paksa..sbb kalau ko angguk saja,tambah ditukul kepala ko tu...<---ayat geram ni, mau kol amoi tambah kos sudah haha! :D

kay masingan said...

kalau membantah dicakap pembangkang, kalau melawan dicakap tidak bersyukur..cukai naik tapi kualiti perkhidmatan tetap sama...inilah kita....

nGiau said...

sokoooonnggg!! :D

beaty said...

ada pro and cons juga ni aki..kan but bagus juga kita berfikiran positif kan aki..semoga berjalan lancar semuanya

aemynadira said...

oh mula2 sy marah & bantah ni..tp pas baca entry ko ni, trus sy jd positif..hehe..you're right..kita kena look at the good side supaya kta bleh dpt kebaikan ^^

Anonymous said...

Syarikat telekomunikasi untung juta2 kerana kita guna perkhidmatan mereka. patut merekalah yang bayar cukai tu. saya yang berpendapatan d bawah garis kemiskinan dgn HP murah pun kena cukai. tidak patut?. ini tolong orang kaya jadi kaya ni. yg susah d susahkan.

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..