Monday, July 11, 2011

Anda mungkin berfikir begini..

Terlebih dahulu,minta maaf kepada semua sebab c Aki menghilangkan diri selama beberapa hari atas sebab2 tertentu.. ^_^.v..

OK... Anda mungkin berfikir begini (wakakaka) :

Seorang rakan anda,tidak datang ke pejabat/sekolah selama 1 atau 2 hari setiap minggu.. Apakah yang ada dalam fikiran anda??

Secara jujurnya,ramai di antara kita berfikir
1. Oh,dia seorang yang sangat malas,untuk datang kerja/sekolah..
2. Oh,dia mesti terlibat dalam geng,ataupun seorang dengan masalah disiplin yang teruk..
3. Oh,dia mesti terlibat dalam ketagihan dadah ataupun yang sewaktu dengannya..


Tambahan pula,rakan anda ini,seorang yang sangat ceria di sekolah/pejabat.. Dia kelihatan seolah2 bukan seseorang yang bermasalah.. ^_^.v.. Ketika ditanya kenapa dia tak hadir ke sekolah/pejabat,dia sering memberikan alasan yang kelihatan seperti dia seorang yang sangat CUAI!!..

Dia mungkin akan berkata...
1. Semalam saya pegi minum2 sampai mabuk dengan kawan2..
2. Semalam saya pegi cari perempuan dan ...........................
3. Semalam saya pegi menonton filem dengan kawan2.. Dan terlupa untuk tidur..

Hm,pernahkah anda berjumpa dengan seseorang seperti ini.. Ok,c Aki mengaku,c Aki ada seorang kawan sama seperti ini.. Pada mulanya,c Aki hanya menganggap dia ni seorang yang sangat CUAI..Membiarkan diri sendiri hanyut dalam keseronokan,sementara orang lain sibuk belajar/bekerja...

TAPI!!
c Aki tidak berpuashati,dan melakukan beberapa kajian (kajian apa?? cakap saja ko suka jaga tepi kain orang ba Aki.. Haha)

Ok,mungkin anda bukan sama seperti c Aki,tetapi,selepas mengetahui tentang isi dalaman mereka (macam ko bedah diurang ja Aki).. Situasinya sangat berbeza..

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR...
Rakan anda itu,seorang yang suka menganggung masalahnya seorang diri.. Dia rasa dia sudah terlalu banyak menyusahkan orang,untuk menanggung masalah yang dia hadapi.. 

Rupanya,selama ini,setiap keceriaan yang terserlah di wajahnya,adalah keceriaan untuk mengabui mata kita,untuk menutupi segala kerisauan kita terhadap masalah yang dihadapinya.. 

Dia tidak mahu kita menyelami masalah dia,hanya kerana dia tidak mahu anda turut sama menyusahkan diri anda hanya kerana ingin membantu dia?? Walhal,kita sebenarnya,memang sudi untuk membantu dia?? Pernahkah Anda terfikir?? 

Jadi,wajarkah kita menghakimi dia sebegitu rupa?? Befikir yang bukan2 pasal dia?? Padahal,dia sebenarnya sedang berfikir untuk ANDA?? Kawan2nya yang dikasihi?? ^_^.v..



Aki : Pernahkah c Aki berfikir...

by ©eXYanne Collection

Related Post



3 hacking script:

Fadzmie said...

Ada juga kawan saya begitu, tapi memang saya kasi nasihat terus dia. Kalau dia mengaku dia kawan kami, jangan simpan masalah sendiri-sendiri (kecuali masalah yang betul-betul peribadi la). Dan jangan fikir masalah kami sendiri-sendirinya. Apa guna kawan, kan? ;)

# dari sabahan, untuk sabahan #

Unknown said...

ada kawan cmni... suka pendam smua mslh sndiri2.... huhu.. kesian jua dia diam2.... ssh mao ubah dia.... but try la jadi sensitif sikit... kalau dia ada mslh, tnya dia baik2... mna tau dia mau share kan? hehehe

Gunaqz said...

ada kawan sa yg begitu, aki. dia simpan masalah dia sorang-sorang, akhirnya dia 'ketawa sorang-sorang'. kasihan dia. sampai skg dia 'belum sembuh'. mama dia ckp kena buat org, tapi sa yakin itu kerana dia tanggung masalah dia sorang-sorang. kesian betul sa ingat dia.

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..