|
Midvalley City |
Midvalley City terdiri daripada 2 bangunan megamall iaitu
Midavalley Megamall dan
The Garden serta bangunan-bangunan pejabat seperti CentrePoint North & South,Menara IGB dan 2 Blok bangunan Pejabat. Secara keseluruhannya,Midvalley City adalah kepunyaan
IGB Corporation.
Jadi, hari ni si Aki nak cerita sikit pasal Medan Selera di
Midvalley City!! ^_^.v.. Sebagai warga 5/7 Midvalley,semua Medan Selera yang ada di Midvalley City sudah ditemui dan dikenalpasti dan juga dicubaguna.. Hahaha..
Juga dikenali sebagai
DBKL di kalangan pengunjung tetap atau yang bekerja di
Midvalley City,
Makan Place adalah tempat yang paling sesuai untuk makan hari-hari kerana
Makan Place merupakan medan selera yang menawarkan harga makanan yang paling murah di antara semua.
Terletak di basement floor dan sempadan di antara
Midvalley Megamall dan
The Garden,
Makan Place merupakan medan selera paling sibuk di
Midvalley City. Keadaan di sini agak panas dan berbau (asap rokok). Makanannya pula masih memenuhi citarasa.. Memang padan dengan harga la.. ^_^.v..
|
Pintu Masuk Makan Place |
|
Keadaan di dalam Makan Place |
Oasis Food Court yang terletak di tingkat 2 East Atrium,Midvalley berhadapan dengan pintu masuk
JUSCO. Makanan di sini lebih mahal berbanding
Makan Place,tetapi,masih boleh diterima pakai oleh poket si Aki. Keadaan lebih selesa di sini kerana tidak ada orang yang merokok.
Namun begitu,masih agak panas,tetapi kurang berbanding
Makan Place. Makanan yang ada di sini juga agak sedap,dan antara yang terkenal ialah
Portugese Grill.
|
Pintu Masuk Oasis Food Court |
|
Ruang dalam Oasis Food Court |
Food Junction terletak di tingkat atas
Midvalley Megamall bertentangan arah dengan
Golden Screen Cinema. Makan di sini,memang terbaik,tapi harga pun memang terbaik!! Setakat ini,si Aki baru 2 kali pegi makan di sini.. Kegemaran si Aki,mesti la yee mee,ada air-air,lepas tu panas-panas.. apa nama tu?? oh ya, Sizzling Yee Mee.. ^_^.v..
Keadaan Makan di sini agak selesa sebab kurang manusia-manusiawi (pada waktu pejabat),kurang panas dan persekitaran yang agak luas. Yang banyak,kedai makan.. Cuma harganya sahaja yang agak mahal berbanding
Oasis dan
Makan Place.. Dan kepada Sabahan,ada satu Kedai Jual Nasi Ayam yang tidak diingati nama kedainya, merupakan kedai yang semua pekerjanya adalah Sabahan.. Hehe.. ^_^.v..
|
Food Junction |
Food Garden terletak di
The Garden.. Ini medan selera kegemaran si Aki kalau berjumpa dengan skandal-skandal yang terdiri dari sepupu-sepapat,kawan-kawan sekolah dulu dan mungkin dating dengan si Sumandak beberapa hari lagi.. Haha..
Makanan di sini harga lebih mahal dari
Oasis tetapi murah berbanding
Food Junction!! Cuma minuman agak mahal di sini..
Di
Food Garden apabila memandang ke luar tingkap,anda dapat melihat kawasan Bangsar dan Kerinci memanjang ke Pusat Bandar,so,nampak agak ekslusif sikit la.. Bila nak dating tu pun,kurang sikit rasa segan bila tak ramai sangat yang ada di sana. Tambahan pula,makanan memang best. Kegemaran si Aki di sini adalah nasi goreng dalam nenas.. hm,apa ya... Oh, Pineapple Fried Rice.. terbaik!! ^_^.v..
|
Pintu Masuk Food Garden |
|
Keadaan di dalam Food Garden |
4 medan selera ini ada di
Midvalley City,di mana 1 hingga 3 adalah di dalam
Midvalley Megamall, manakala yang keempat itu terdapat di
The Garden.. Jadi,jika anda singgah ke
Midvalley City,panggillah si Aki kalau ingin mem
belanja si Aki di mana-mana medan selera ini OK?? ^_^.v..
Aki : Hm,ini baru medan selera,kalau restoran lagi?? Haha..
by ©eXYanne Collection
12 hacking script:
waa bnyak oh tmpat makan sana kan, x susah mau cari makan ni klu tinggal ctu..best, best! ba nnt klu sy p sana, ko tour guide sy aa...sy blnja ba :p haha..
wah... terbaik la aki!! punya lama sy nda p midvalley.. dulu2 tempat dating ni kunun.. sebelum sy kenal BB.. hahaha
imagine ja naik komuter dari batu 3 pegi kl sentral pastu baru transit p midvalley.. jauh perjalanan lalala..
hmm.. apa khabar sudah 'dia' ya? ;)
wahhh..punya best..hahaha..food junction ja sa pernah mkn owh..salu pg kfc,mcd, donut..hahaha..
isnin lalu sa pg the garden..tp time posa pula..nda buli mkn..hahaha..
ko tau aki sa tepigi sana cititel midvalley seja..tidak pernah p mall dia ni...hehheh aki nanti lau sa p kl..ko jadi guide sia ahh
lama suda sya x p KL owh..adeh..
waaaa si aki..sa suda lama nda pigi sana..bawa sa boleh ka
cool , gimme more , gimme more ! and then take me there :) hehehe ya ?
None of the above. .hehe
Food junction ,reminds me of food court at minpro mall,.a place to hang out with berks. . .miss them so much:-(
hebat gilerr..sy mo kasi tingu ko medan selera sini tuaran, sabah bleh ka?hahhahahahhaa.....okey apa...medan sini banyak kucing..ahakxx..
kalah medan di Midvalley City..haha
mc mn klu sya mo pgl si Aki kalau ingin DIbelanjai oleh si Aki d mn2 medan selera pla? ;p lol..
ingatkan ko mo membelanja mkn....rupanya ko kestau tpt mkn dlm mv & sy cuma tau 1 saja yg food junction d tkt.3 tu...baru sa tau ba...'ramai' pula tpt mkn d sana tu kan..hehehe
Punya mahal di sana tu,ko (AKI) p makan situ lagi..ahhaha...
Post a Comment