Friday, August 5, 2011

Saya Bukan nak jadi Playboy,Cuma..

Galang : Saya Bukan nak jadi Playboy,Cuma ianya Warisan Keturunan

Aki : Ah,mana boleh.. Belum pernah tercatat di mana-mana buku yang Playboy itu warisan keturunan.

Galang : Ada lah, tengok ja,kazen saya,uncle saya,abang saya,even adik saya skali pun playboy.. Itu bukan warisan keturunan ka tu??

Haha.. Bercerita dengan si Galang tentang isu Playboy,tiba2 dia membawa sekali kaum kerabat dia dalam dunia playboy. Ya, Galang merupakan sahabat si Aki yang playboy. Dia mempunyai seorang girlfriend yang mudah dijumpai (dekat dengan dia la), seorang girlfriend yang online dan on-call 24/7, dan seorang lagi girlfriend yang dikenalkan oleh familinya..


Saya akui, Galang merupakan antara sahabat saya yang bermuka jambuuuu (bluekkk), pastu suara pun lunak (muntah hijau ramai2), pastu orang yang kedudukan kewangannya agak terjamin (ok,yang ini boleh smile).. Namun satu kekurangannya,dia belum bersedia dalam hal-hal yang melibatkan Hubungan Serius... Dan setakat ini,dia merupakan seorang Playboy Tegar.. Haha..

Galang : Bukan niat saya untuk mempermainkan perasaan diorang, cuma rasanya, saya masih belum bersedia untuk memberi komitmen penuh dengan satu perempuan sahaja. Masih rasa nak enjoy.

Aki : Enjoy,enjoy juga Galang,jangan sampai parang muncul depan pintu rumah. Hahaha..

Sebenarnya,dalam kes ini,saya tidak boleh mempersalahkan Galang seorang. Ini kerana,saya juga kenal beberapa orang daripada girlfriend beliau,dan mereka mengakui yang mereka tahu Galang seorang playboy, namun,sayang punya pasal,semua jadi OK..

Kania : Akak tau dia ada girlfriend lain kan? Akak tau dia playboy.. Tapi Akak sayang dia sangat2.. Akak harap dia berubah dan sedar keikhlasan kakak.

Anggerik : Ya,saya tahu dia ada girlfriend.. Nama dia Kania kan? Jangan nak bohong. Saya pun tak tahu,dah banyak kali dia buat saya macam ni pun,tapi saya tetap sayang dia, dan saya akan terus menunggu dia.

Nilla : data tidak ditemui




Ha,tengok.. Kita dapat lihat yang apabila seorang perempuan itu sudah sangkut,kebanyakan dari mereka mempertahankan apa yang mereka pilih.. Ada pula segelintir selalunya akan putus asa,dan membiarkan pihak yang lain menang, manakala ada pula yang berusaha berhabis-habisan,sampai sanggup terjun dari bangunan KB Mall..

Apakah kerana kuantiti wanita yang agak banyak berbanding lelaki, menyebabkan situasi seperti ini berlaku?? Ataupun mereka (wanita) terlalu ego untuk melepaskan mereka yang disayangi.. Ataupun lelaki terlalu mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita tersebut?

Aki : Galang,si Aki tak kisah kalau kau mau jadi playboy. Cuma,bagi si Aki,ada baiknya kau sedia untuk satu orang saja. Sebabnya, kau akan belajar pelan-pelan tentang tanggungjawab seorang suami tu,bila kau hanya tumpukan kepada 1 orang saja. Tapi,kalau kau mau juga,kau punya tau la,kau ada 4 kuota kan.. Haha..

Galang : Hm,akan tiba juga waktunya. Yang penting,saya tidak merosakkan masa depan girlfriend-girlfriend saya. Bukan macam lelaki lain,MAIN dan TINGGAL..

Aki : Yeah,betul la. Tapi,Berpasangan itu bermaksud mengenali juga kan.. Jadi,bila kau sudah mengenali,saya nasihatkan,ko tumpukan sudah ke bahagian mendirikan la.. Lagipun,kau TUA sudah.. Hahaha..

Kesimpulannya, Playboy bukan warisan keturunan. Tapi lebih kepada mementingkan kepuasan. Kita tidak boleh salahkan lelaki semata-mata dalam hal ini, sebab,nampak sangat yang wanita juga memainkan peranan dalam hal ini. Jangan buta kerana Cinta..

Maka,pihak lelaki,janganlah berpasangan hanya kerana ingin bermain. Mengenali itu boleh dilakukan biarpun bukan sebagai pasangan. Sebagai kawan pun OK.. Tapi,jangan tunggu lama-lama, Wanita biasanya tidak suka menunggu terlalu lama.. Kalau dia sudah memberi signal,ambillah peluang itu,dan jangan sia-siakan dia..

Pihak wanita pula,jangan manjakan pasangan seperti ini. si Aki tahu perasaan sayang adalah segala-galanya,tapi,sedarlah bahawa lelaki ini masih belum mempunyai komitmen. Adakah anda mahu seseorang yang tiada komitmen dalam hidup?? Ingat,biarpun si Aki pernah berbicara tentang GAMBLING in LOVE, tapi anda juga harus ingat nasihat lain yang si Aki berikan..

Selamat Bercinta!!


Aki : Ingat balik zaman-zaman nakal dulu,rasanya Aki lagi teruk dari Galang.. ^_^.v..

by ©eXYanne Collection

Related Post



10 hacking script:

.dida mumin♥ said...

ohh..aki..kau mmg seorang penCINTA!

kay masingan said...

kalau si aki mula cerita pasal cinta dan perhubungan, kalah2 ayat dalam buku ba..
buli lah aki..sia gelar ko DR. LOVE lepas ini..ehheheh

beaty said...

dar dulu lagi sa panggil ko DR love...heheh

Unknown said...

umm.. kalau playboy.. playboy la ba juga... sy ada pengalaman dapat buayafren.. main kayu3.. namun yang ganjilnya.. sy ok saja.. tidak mau putus cuma marah sikit la..

tu 'madu' sy, sms sy macam2.. sy ok sj.. berlawan sms.. darah muda remaja la katakan.. hahaha

sebab masa tu ada berkawan sama firestone.. bilangnya siapa bagus dia la bertahan.. bongoknya kalau sy ingat2.. hahaha..

last2 sy undur diri la juga atas sebab2 tertentu.. ececeehh.. tu time kuciwa la juga kunu.. namun.. life must goes on aaa.. :p

Echa said...

erm..yup ada btlnya..
sorg nda cukup meh ? hahaha..

eh Aki..sa mau cari bf bha ni tapi sa kurang percaya sm lelaki sdh..
adoiii..
hahahaha..

Misya Mialen said...

aku setuju dgn pendapat ko ki. playboy tu bukan keturunan. tp dari hati org tu sendiri. klu blum ada cahaya keinsafan untk selalu jaga hati orang mcm tu la jadinya.

kdg2 kita ni sllu lupa ki, klu kita kasi main2 hati org, mungkin kita x sempat kena kasi main2 tapi, sllunya klu bukan kita, adik, kakak, abg atau anak kita sendiri yg akan kena nnti. masa tu lah baru mnyesal x sudah. masa tu lah baru sedar betapa bodohnya sikap kita dulu.

& mcm yg aku pernah komen dlm gambling in love tu.. selagi blum ada komitmen, slagi tu la dia terus pasang sampai 10. tidak kira la lelaki atau prmpuan.

Kita ni ada hanya hamba Tuhan, cukup masa nnti, c playboy ni akan sedar diri juga.

dan aku ada satu cerita, kwn aku yg playboy gila dlu masa bujang tapi bila kawen naaa, bini dia mcm x ada perasaan dgn dia.muahaha.padan muka.itulah karma hidup;D

aemynadira said...

Gambling in love is illegal.....huuhuu...sy pantang tul ngan players ni..klu masih budak skolah xpa la, kira exception sbb blum matang kan..tp klu mcm yg suda 20+ tu masih lg playboy......hmm ssh mau ckp la klu gitu.
& pempuan yg rela diduakan, ditigakan tu pun kira x matang lagi..
sbb tu la anak2 muda yg bercinta kna pandang negatif..sbb bnda2 ni la..huuhuu...

Unknown said...

heran sama playboy ni..
kwn ku gitu la jgk, ada gf yg suda bertahun2 kapel tp ada ppuan lain jgk..
jln2 ngn kami (aku n kanda ku) hr ni bwk cwek yg pertama, esok2 ny cwek yg kedua..
ndak tau mana 1 yg d suka ny..
konpius.. konpius.. hehe

Anonymous said...

No way sy mau dimadukan baik b'couple, mahu pun tunang atau kahwin. (Skema abis ayat. Hahahaha!)


Klu sayang pun, tp suda dia playboy, sy tarik balik tu chenta sy. Ahahaha. Boleh ka gtu?


Dari diri sendiri ja bah tu. tp jgn la kita kasi main2 perasan orang..nti hukum karma..ketulahan bilang org sabah. haha. palis2

Anonymous said...

sa penah kena ni gini ni..4 org gf dia sa 1 org ja xtau..skali 3org dtg p jumpa sa..terus sa kc tgl tu lelaki sbb sa rasa macam kna kc lamas di lubang jamban kena tipu idup2 adehhhh... btw aki A.K.A dr.Love!!

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..