Thursday, August 25, 2011

Treler Terbakar di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

INI BUKAN MENGARUT,INI BETUL-BETUL ! ! !

Subang,25 Ogos - Selepas menghantar budak kartun, Oyen ke lapangan terbang KLIA (LCCT),dalam perjalanan balik,si Aki ternampak kejadian kurang baik ini.. Di kilometer yang tidak diketahui di mana,cuma yang pasti,1km sebelum Galeri Mufors menghala ke Subang Jaya.
Jenis Trailer (bukan gambar sebenar)
rupa kejadian pagi tadi (pun bukan gambar sebenar)
Dalam perjalanan dari LCCT, menuju ke Lebuhraya Persekutuan,melalui simpang ke Shah Alam,lebih kurang 2 kilometer dari jarak tempat kejadian, si Aki melihat asap hitam berkepul-kepul di udara..


Dalam hati si Aki "Siapa lagi hantar isyarat asap zaman sekarang?"

OK,sebenarnya si Aki sudah menjangka pasti ada kereta terbakar. Jadi,selepas melepasi dan terlepas persimpangan Putra Height, si Aki segera memperlahankan kelajuan kenderaan daripada 160km/j kepada 90km/j bagi bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Dari jauh kelihatan api besar menjulang tinggi,dan setelah semakin hampir,kelihatan sebiji Trak-Trailer HighBed yang membawa barang (tidak dikenalpasti apa) terbakar 50%.. Bahagian trak pemandu sehingga ke bahagian tengah treler sedang terbakar dengan maraknya.

Pada masa kejadian,Kereta Merah Bergaya (BOMBA) belum tiba di lokasi kejadian. Yang ada,cuma polis peronda mengawal lalulintas sebaik mungkin.. Tahniah PDRM untuk tindakan pantas itu.. Bahang terasa di dalam kereta biarpun di lane ke 4 daripada trak treler tersebut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6:49 pagi tadi itu walaubagaimanapun,tidak diketahui status pemandunya,sama ada terselamat ataupun tidak. Daripada pemerhatian si Aki,oleh kerana treler highbed itu daripada jenis kerangka berpenutup, dan kadar kebakaran serta masa jangkaan kejadian itu berlaku,kemungkinan besar trak-treler itu membawa bahan jenis mudah terbakar.

Kadar kerugian masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.  -AkiKarut-

Gambar 1 : Lokasi Kejadian ihsan Google Map
[klik gambar untuk kualiti terbaik]
* Tiada gambar kejadian sebenar berikutan wartawan lokasi tidak sempat mengambil gambar. Harap Maaf



Aki : Harap-harap driver tu selamat..

by ©eXYanne Collection

Related Post



13 hacking script:

kay masingan said...

eh..kenapa terbakar ah? p ko siasat aki...heheh

Echa said...

wow ! Aki..repot ni mcm btl2 berita harian owh..
pandai si Aki menulis..hihihi.. :)

beaty said...

pandai juga ko mengulas ni...hehehe ada potensi ni ganti c karam singh walia...hehehe

Mek Onie said...

cecececey, pandai aki ngarang ye,hehe...meaw rasa meaw nampak asap tu dari umah meaw,pehhhhhh!

Merryn said...

:( harap nya driver tu selamat ...

.dida mumin♥ said...

wah..tu asap dia punyalah tebal...
nway, bula tahan jg akidal mengarang ni...buli jadi News presenter ni..try p uji bakat..;)

Elih Japahar said...

siap ada google map image lagi haha! bagus bro...

Unknown said...

rex, naik pangkat suda ko jd reporter ??

Nana Eddy said...

and that's the reason y u need to always have a camera with you - at least a good quality phone camera. Thinking of getting me one too since DSLR sgtlah inconvenient utk diusung ke merata tempat. dan lebih inconvenient nak digunakan ketika memandu. hehe~

Abu Bagi said...

uit bikin takut..

aemynadira said...

eh pasal apa dia terbakar aa...dia ada langgar apa2 ka..? weird....sabotaj kot..? huhu....hrp xda yg kehilangan nyawa....

Okayarms said...

Waa macam pembaca berita ba pula ko kan... ada lagi tu gambar. Tapi gambar palsu la wakakaa.

And cara ko describe kejadian tu ba, macam kami readers pun macam rasa berada di tempat lokasi ni. LOL.

de engineur said...

Aki, berhati-hati kama. Jan lah ba drive 160kmh...kasi kurang2 dulu aah.

Eh..mengarut plak sa ni.

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..