Tuesday, September 27, 2011

Lovey-Dovey Tuesday : Pentingkan Diri Sendiri


Melody : Aki,saya dah break dengan Boyfriend saya.. Dia cakap saya selalu tuduh dia yang bukan-bukan. Dia tawar hati.. Dia cakap lagi banyak peluang yang sudah dia bagi dengan saya.. Cuma saya yang tak pandai berubah.. Dia cakap,bagi masa untuk saling berfikir.. Ada banyak lagi lelaki lain yang baik dari dia.. Tapi,saya tetap mahukan dia..



Aki : Berapa tahun kamu kapel dengan dia?? 

Melody : Hampir setahun..


Selalunya,si Aki bersifat profesional dalam memberi kaunseling terhadap rakan-rakan yang memerlukan nasihat.. Ok,si Aki bukannya pandai sangat,cuma bercakap berdasarkan pengalaman. Tetapi,malam semalam,si Aki untuk pertama kalinya menggunakan bahasa yang agak kasar.. Sebabnya...
si Aki paling tidak suka dengan kaum lelaki yang cuba menunjuk bahawa dia tidak bersalah dalam satu-satu hal.. Seperti yang kita baca dalam situasi di atas, memang pada mulanya, Melody bersalah kerana sering cemburu tak tentu pasal..



Persoalannya,adakah tempoh tidak sampai setahun itu cukup untuk kita memberi peluang kepada pasangan kita untuk mengubah dirinya menjadi seperti yang kita mahukan??

Semalam,NC' Hot Blog Chat membawa pembaca mengupas isu : Rahsia Perkahwinan Bahagia.. Isu yang menarik,dan si Aki dan rakan-rakan ada kongsikan sedikit di sana.. Sila datang sana dan baca..

So,apa pendapat anda, bagi anda,yang ingin pasangan anda berubah mengikut kemahuan anda, adakah tempoh setahun atau kurang itu cukup untuk kita berkata 'Saya dah puas bagi peluang dengan kau' 'Saya dah tawar hati' 'Ada banyak lelaki lain yang lebih baik dari saya'

Para lelaki, cukupkah tempoh setahun perjuangan anda? Anda mengharapkan si Dia berubah,padahal anda sendiri tidak mampu mengubah diri anda?? Pentingkan DIRI??


Sila kongsikan pengalaman atau nasihat anda terhadap pasangan ini.. Jangan risau,pasangan ini memerhatikan komen-komen anda, jadi, berikan mereka panduan.. ^_^.v..


Aki : Benci orang yang hanya pentingkan diri sendiri

p/s - si Aki kini ada junior dalam segmen Lovey-Dovey Tuesday!! Sila serbu Nana Eddy!!

Lagi koleksi Lovey-Dovey Tuesday 

Related Post



12 hacking script:

a-Me Jay said...

Erm.. kebiasaanya kan tempoh percintaan yg xda smpai 1 thun tu kira baru pre bah tu, orang bilang masih dalam tempoh mengenali antara satu sma lain. Bila kita rasa pelik tabiat dia mcam tu buli bah tu kita ckap sma dia bincang sma dia bagus2, then klu dia x jg dpt ubah. Mgkin kita kasi ubah persepsi kita lah.. Kan.. Hurm.. Ini kira pengalaman sa sndri la..

:)

Anonymous said...

sedih saya baca ini cerita.sorry AKI saya x tau mau nasihat apa..

Umie Nadhirah said...

umie pun sik suka orang kedakya aki..

beaty said...

wah kalau baru 1 tahun kan aki sa rasa belum cukup tuk dikatakan cintaan tu...masi belum lagi ko tau perangai dia ni..mau dig banyak lagi dari dia..

kalau ko rasa buli..bh teruskan..but aki sa tiada pernah ni begini sebeb sa punya bf yang serius dari dulu 1 saja..he he he

nGiau said...

tida cukup..tu llki blm kenal tu perempuan btl2..bg sya tu llki cuma cari alasan sj. :)

Okayarms said...

Bagi sia, accept the him or her as how they are... And people susah mo ubah tabiat, tapi improve dari bidang lain senang. Mcm sot sia cakap tapi kalo kita nda mo ubah, nda la terubah tu. And tempoh 1 sia rasa cukup. Kalo nda suka cara dia, boleh discuss heart to heart, "Sia nda suka ko begini-begini... bla bla." then kalo masi nda dapat settle. Then sayonaraokthxbyeciao

Nana Eddy said...

Kena berubah ke? Untuk siapa? From my observation, bila betul2 sayang akan seseorang, even perangai yang PALING buruk pun akan nampak comel. Serius. Ini bukan rekaan! This is what my extensive observation has revealed.

That is what is called "accepting the way they are" means. Bukanlah kita tak nampak keburukannya, kita nampak, dengan jelas, kadang2 kita akan mengomel. Tapi, dalam masa yang sama, keburukan tu tak nampak buruk pun pada kita. Kita just rasa, that's apart of who they are. Example in this case, walaupun si dia tu cemburu kuat, instead of kita rasa cemburu dia itu menjengkelkan atau merimaskan, kita akan rasa cemburu dia tu comel. (Ini bukan saya punya pendapat ja, kawan2 lain yang dah berumah tangga pun fikir macam ni).

TAPI, ada juga masa kita akan minta pasangan kita berubah. CUMA bezanya, kita bukan minta dia berubah demi kita, tapi demi kebaikan dirinya sendiri. Contohnya, kalau dia malas bekerja/belajar, kita mau dia berubah supaya dia berjaya, atau dia tu boros, kita mau dia tidak mengikat perut bila hujung bulan kerna gaji telah habis, atau dia tu merokok, kita mau dia berenti supaya dia tidak sakit.

ada perbezaan besar antara mahukan perubahan demi diri kita atau demi dirinya.

btw, nak share antara tiga perkataan yang tak patut ada pada pasangan

Merimaskan - "Merimaskan betullah dia tu!"

Bosan - "Bosan aku nak layan dia"

Menyusahkan - "Menyusahkanlah dia tu!"

Kalau ada wujud tiga kata ni, haisy~~~

Mek Onie said...

kalau sama-sama berubah okay lah tu,tapi kalau nakkan pasangan yang berubah tapi diri sendiri tak?memang dasar pentingkan diri sendiri lah tu, asam garam percintaan..

Unknown said...

setahun nda cukup tu yung..

melainkan si-bf ada 'stock' lain.. sebab tu si-bf bagi alasan break-up begitu..

so, si-gf teruskan kehidupan anda.. jadikan kata2 si-bf tu sebagai azimat.. ya!! mimang betul la tu.. ada ramai lagi lelaki yang lagi baik dari si-bf tu!! sebab si-bf tu la loser yang sebenar!!!

wahai si-bf!! kalau perempuan tu sudah bilang sayang.. mimang dia betul2 sayang la tu.. mimang dia sirius..

sy pernah mengalami situasi ini.. sebiji-sejibik..

alasan bf sy.. kononny sy tia pandai berubah walaupun sudah ditegur berkali2..

sedangkan ada jua sikap bf kurang menyenangkan hati sy.. namun sy terima dia seadanya.. kdg2 sy tegur tapi dlm jenaka tidak secara direct..

wahai si-bf! dalam keadaan begini, mesti ada sebab kenapa si-gf cemburu & menuduh yang bukan2 sama si-bf kan.. well,cemburu tanda sayang ba tu!

situasi sy dulu, sy cemburu & menuduh yg bukan2..

sebab bf sy tia mo bejalan dekat2 sy kalau time lalu di tempat kerja nya.. 2nd sy tia dapat mo sentuh hp nya.. 3rd pantang sy buat silap sikit.. marahnya bukan main lg.. terus ckp benda2 yg menyakitkan hati sy.. 4th status relationship nya single joe.. & dia punya friend semua girlsssssss..

pra-sangka sy berasas.. dari sumber2 yg boleh dipercayai.. dia betul2 mo memasang kekasih gelap d tempat kerjanya.. dalam proses mo tackle tu girls.. sy face to face sm tu girls.. syukur la sy dapat control baran sy.. girls tu nda bersalah.. bf sy yang gatal! & sy bkawan & berhubung sama girls tu.. neh! check mate si-bf..

penyelesaiannya.. kami face to face.. masing2 luahkan semua yg tia puas hati.. sy cakap apa yg sy mo dalam perhubungan tu.. lagi sy bilang sm dia.. walaupun macampun sikap dia.. sy tetap syg dia.. (bunguks jua sy tu.. tapi uda syg kan..)

so, kami putus sekejap.. sy nda cari dia.. sy nda call dia.. sy nda sms dia..

buat seperti yg si-bf mau.. bagi masa untuk saling berfikir..

dalam tempoh berfikir tu.. sy bilang aaa si-gf.. memang berendam airmata ja.. terutama time mo tidur.. so, cari la kawan2 terapat.. untuk keluar meluah rasa.. hapy2 hour.. berdoa la supaya hati tabah selalu.. sentiasa fikiran positif..

sy punya kes, tiba2 bf sms sy.. dia meluah rasa kesal & minta maaf.. n mo jumpa..

lepas tu, syukur la.. hubungan kami lebih stabil selepas itu..

so, si-gf bersabar la.. apa2pun semua keputusan di tangan mu.. sy tau ko syg dia.. tapi jgn jadi hamba cinta kepada dia.. sedangkan dia berfikir mo putus saja.. fikir2la.. relevan ka meneruskan hubungan tu? kalau ya, terus kan.. selamat bercinta! :)

(adess macam panjang pula.. jangan marah dr. aki)

aemynadira said...

hmmm benda yg sama pula terjadi ngan kawan sy skrg...kesian dia..dorg baru setahun kapel, bf dia da mula tawar hati sma dia sbb kwn sy ni agak penjeles & xmau berubah ikut kemahuan bf dia ni...sedih oh..pasal tu ja....

tempoh setahun berkapel tu mmg sgt penting la bg peringkat awal relationship..tym tu la kta mengenali sesama sendiri & terima each other seadanya..that's love..accepting each other no matter how worse the flaw.

dulu tym 1st year sy kapel sma ifo pun agak hard jg, sy yg banyak buat hal :P tp ifo sabar ja & dia terima sikap sy. see, kami bertahan smpai skrg. & sy berubah bukan sbb kehendak dia, tp sbb kesedaran sy sndiri.

stiap org kna trima sikap pasangan dia sndiri..klu dia betul2 cinta. kan aki? we can't be what others want us to be...

Avocado said...

Hi Aki, thank you kio sebab sudi singgah di blog saya yg nda seberapa. Adui rasa formal saja ckp mcm ni.

Pendapat saya tu lelaki tu tidak serius dgn tu perempuan tu. Isu mcm tu pun terus mahu break. Lain lah kalau tu perempuan psg stok lain. Ni isu kecil saja pun.

Tempoh 1 tahun tu telampau singkat bah. Mahu kenal dia pun susah,kalau sekadar tahu favorite food dia tu apa juga.

NI kena apa org bilang terima tu org seadanya. Kalau sikit2 break belum tentu org yg kita jumpa nanti tu pun mcm yg kita mahu. Faham2 la manusia ni ada mcm2 ragam. Kalau bilang mahu berubah pun dalam tempoh satu tahun bukan terus buli berubah.Kena one step at a time bah tu. Masalahnya si lelaki ni given up so fast @ dia mmg jenis lelaki casanova...

P/s dingar ja dari kata2 tu lelaki pun mcm sdh tahu casanova ni. Hehe..

nc said...

hi AKi :)
jalan2 baini..ada pla nama sa sini a..hehe..timakasih sb kasih link lagi kunun.

mm...baru satu tahun kapel..sda tawar ati? mcm mna mau idup porever n ever? kn?
baru try testing2 baitu..kalau tak ngam..bagus la tu break awal2 dari nanti sda parah..baru sedar inda ngam. kn?
ceh..:)

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..