Monday, October 3, 2011

Kenapa Blogging secara Positif itu penting

Hai semua?? Bagaimana dengan hujung minggu anda?? si Aki masih penat.. Semalam bertemu dengan rakan Wasaber,Mr. Omen dan Kak Faradiba.. Ha ha ha.. Dengan internet opis yang awal pagi sangat comel dengan kelembapannya,maka si Aki bertambah slow hari ini..


Ok,kenapa blogging secara positif itu penting?? Sebagai salah seorang penulis blog personal yang hampir profesional, si Aki lebih gemar berkongsi sesuatu yang positif..

Apa post yang positif dan kenapa?? Ok,salah seorang rakan blogger si Aki yang comel,tetapi kurang jika dibandingkan dengan si Aki pernah berkata :

'Saya tidak suka untuk membaca atau melihat berita atau perkongsian yang negatif, sebab saya tidak suka menjadi negatif.. Apa yang kita lihat dan baca,sebenarnya mempengaruhi minda kita'
-Oyenization-

Hm, rasa macam betul kan?? Ok,memang betul pun sebenarnya.. Bagi si Aki,kerja menyiarkan hal-hal negatif itu di tangan website berita, blog khas untuk isu-isu semasa.. Bagi penggila traffik, sememangnya,isu-isu negatif sering menjadi tajuk ataupun bahan di dalam blog.. Kerana apa??

Sila pilih antara 2 link di bawah..




Datuk ada hubungan gelap dengan pembantu rumah - http://akiborneo.blogspot.com/2011/09/datuk-dan-janda-muda.html

Mungkin ramai daripada anda yang memilih link di bahagian bawah.. Manakala link di bahagian atas pula dibiarkan begitu sahaja.. Padahal,si Aki sebenarnya me'link'kan kedua-dua tajuk itu kepada 1 post yang sama sahaja.

Diakui, kebanyakkan dari kita suka melihat sesuatu yang negatif terlebih dahulu. Betul atau tidak,jawapan ada di tangan anda.. OK,membaca semua itu, tanggungjawab anda.. Buat post baru di blog pun,tanggungjawab anda juga kan?? 

Contohnya,hari tu,ada ura-ura syarikat telko di Malaysia ingin mengenakan cukai perkhidmatan terhadap pelanggan.. Rata-rata blogger-blogger comel di Malaysia tidak berpuas hati dengan perkara itu, tapi si Aki pula, post sesuatu yang positif seperti ini - http://akiborneo.blogspot.com/2011/09/mari-membantu-kerajaan-kita.html Ha ha ha.. Wey,si Aki bukanlah hanya menurut sahaja,cuma bagi si Aki,tidak guna menyuarakan ketidakpuasan itu di sini,mengharapkan kerajaan bertindak.. Lebih baik,guna saluran yang lebih berkesan untuk itu.. 

Apa??! Ingatkan si Aki tidak membantah semua itu ke??.. Mestilah membantah,tapi bukan melalui post,tetapi terus kepada pihak yang berwajib.. GUNAKANlah kabel-kabel anda untuk semua itu.. Barulah berkesan.. Jadi,pembaca-pembaca si Aki yang melihat post itu, dapat berfikir lebih positif dan tidak hanya menyalahkan satu-satu pihak saja.. Yang mengenali si AKi pula,sebenarnya,dapat menangkap apa maksud sebenar si AKi..

Remember 1 thing,kita menentukan pembaca kita ataupun orang lain di luar sana untuk lebih positif. Tapi,jangan nilai sesuatu post itu hanya sekadar luarannya sahaja.. Jika anda seorang yang cukup bergaya,anda pasti dapat menangkap maksud sebenar penulis tentang sesuatu perkara tersebut.

Ok,selamat berblogging..


p/s- suka dengan cara Beaty, bila dia marah dengan seseorang,dia akan suarakan di blog,namun berkongsi cara untuk mengelakkan diri daripada menimbulkan masalah.. Dia lebih suka masalah selesai secara aman.. Well,that's a positive way to share our negative post.. ho ho ho..

p/s 2 - Tapi tidak semua hal harus positif.. Diharap anda memahami.. Ha ha ha..

AKi : Mengantuk,so,mari kita mengantuk bersama-sama.

Related Post



12 hacking script:

Eudora Priscilla said...

saya stuju dgn kata2 Oyen! :)
Saya sokong Aki!

Okayarms said...

Saya suka kamu Aki...

Ayat di atas haruslah di pandang dari sudut positif dan bukan negatif. Wakakaa.

Siok ba kamu ni, karut-karut pun tapi banyak isi kandungan yang positif ;) Itu la tu banyak peminat ko geng.

Ba happy Monday yo!

beaty said...

aki ada lagi sa punya nama tu...yeah alall sa punya pos memang negative kan aki..erm dui sa perasaan juga tu..

tp enth knp sa suka ni mau kasi tau apa perasaan sa sama blog sia..he he

Mek Onie said...

blogging dengan ikhlas pon dah cukup,jangan mengharap kat suatu trafik...huhu

Nana Eddy said...

Good point. When we blog about something negative, we should remember to point out the positive or at least to give some suggestion how to solve it.

There's always at least two sides of everything after all :)

Elih Japahar said...

Uik..buli bah kalau kau Aki haha..

Unknown said...

suka ni ayat : "Jika anda seorang yang cukup bergaya,anda pasti dapat menangkap maksud sebenar penulis tentang sesuatu perkara tersebut."..

sy seorang yang cukup bergaya.. jadi sy faham maksud anda.. :p

Misya Mialen said...

aku sllu cuba utk buat setiap entri dgn penuh smgt walau kadang2 ada masanya seperti org mahu mati.;D

kak gojes said...

sy punya entri campur2 la mangkali tu aki..pelik pulak taip A.K.I ni..mcm ko tua plak ni aki...

Dyana said...

Aki betul ko ckp tu.sy pun enda suka tulis yg negatif.ini blog semua org boleh baca dan sy tidak mau mengajar org berfikiran negatif.begitu juga dengan perkara yg kita post. saya seboleh-bolehnya tidak mau post hal yang boleh merosakkan pemikiran atau akhlak masyarakat.Sesiapa sahaja boleh baca blog kita dan sy tdk mau bertanggungjawab di atas pengaruh buruk yang disebarkan oleh blog saya.baiklah saya post yang baik-baik saja walaupun sy bukannya org yg baik2.kekeke...

Gunaqz said...

ooo. patutlah traffic saya kurang. rupanya saya blog yang positif saja. OK. Mulai hari ini, saya akan blog yang negatif-negatif saja. Terima kasih Aki!

Eh, komen tersasar nih..

aemynadira said...

hebat juga kata2 c oyen tu kan..hehehe. tu lah tu, even dlm real life pun kebanyakan org suka cari kelemahan kita & dikutuk2 d blakang, ni kan lg d media..ahuhu......
tp semenjak sy dpt kawan mcm ko, beaty, & yg len2 tu, sy da belajar utk jd positif, pikir positif & pilih positif. ^^

ps: jelez ohh tgk ko hangout ngan dorg omen...napa lah kamu jauh sangat...huuhuu..

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..