Well,menguasai ilmu itu adalah sesuatu yang baik... Tapi,kadang2 jangan kita lupa,sekalipun kita mempunyai ilmu yang lebih daripada orang lain,kita tidak boleh takbur atau angkuh terhadap mereka..
Hehehe.. Itulah yang dimaksudkan,Kebijaksanaan kadangkala menjadikan kita BODOH!!.. Ok,mari kita tengok satu renungan ini yang si Aki dapat dari Pastor,semalam....
********
Seorang profesor ingin menjalankan kajian tentang laut. Dia pun mendapatkan seorang nelayan yang memiliki sebuah bot untuk tujuan kajiannya itu..
Adapun,profoesor ini merupakan seorang yang terlalu menumpukan perhatian kepada kerjanya,dan dia tidak ingin diganggu. Manakala,si nelayan ini pula,merupakan seorang yang pendiam. Maka,oleh sebab si nelayan ini sesuai di mata si profesor,maka si profesor pun bersetuju untuk menyewa bot si nelayan.
Setelah si profesor menyelesaikan kerja beliau,maka mereka pun balik. Dalam perjalanan,terdetik dalam hati si profesor untuk bertanya kepada si nelayan..
Profesor : Apakah pekerjaan lain yang anda tahu lakukan??
Nelayan : Oh,saya dilahirkan menjadi seorang nelayan,dan saya tidak tahu apa-apapun benda lain,selain daripada mendayung sampan ini.
Profesor : Kalau begitu,anda sangat rugi. Apakah anda tahu mengenai geografi??
Nelayan : Tidak tahu..
Profesor : Anda sudah kehilangan 25% nilai hidup anda bila anda tidak mengetahui tentang geografi. Bagaimana pula dengan biologi??
Profesor : Anda sudah kehilangan 25% nilai hidup anda bila anda tidak mengetahui tentang geografi. Bagaimana pula dengan biologi??
Nelayan : Tidak tahu
Profesor : Anda sudah kehilangan 50% nilai hidup anda bila anda tidak mengetahui tentang geografi dan biologi.. Bagaimana dengan fizik??
Nelayan : Tidak tahu
Profesor : Jikalau begitu,anda sudah kehilangan 75% nilai hidup anda kerana tidak tahu semua itu..
Kemudian.............. Tiba-tiba,datang ombak kuat memukul bot yang dinaiki mereka sehingga bot itu pecah.. Dan di saat yang mencemaskan itu,si nelayan bertanya..
Nelayan : Profesor,adakah anda tahu berenang??
Profesor : Tidak tahu..
Nelayan : Maafkan saya,kalau anda tidak tahu berenang,sekarang,anda akan kEHILANGAN 100% nilai hidup anda..
Dan si Nelayan pun berenang menyelamatkan dirinya meninggalkan si profesor.
*******
Aki : Jangan ketawakan kekurangan orang lain,kerana kekurangan itu mungkin akan membantu dia dan juga mungkin diri kita sendiri..
by ©eXYanne Collection
11 hacking script:
setiap orang itu ada kelebihan tersendiri sama ada nyata di mata kita atau yang mungkin hanya orang itu sahaja yang tahu.
masing2 kita ingin kelihatan bijaksana dimata orang lain hingga kita ada kecenderungan untuk memandang rendah pada orang lain.
Tapi, saya anggap semua orang itu bijak..selagi dia melakukan perkara yang normal dan tidak menganggu tatasusila hidup bermasyarakat...
"Kebijaksanaan bukan selalunya baik,Jangan disebabkan kebijaksanaan, anda menjadi sombong dan angkuh, dan seteruskan berdosa" , saya ingat lagi kata-kata dri pastor beberapa minggu lalu :)
Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk memalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa
1Korintus 1:27
perghh...tu la org ckp.. byk knowledge pun xda guna kalau skill xda...mcm la org yg pandai ckp tp x pandai buat.. hehehe
perghh sedas kene balik !
padan muka kau si bongkak....huawawa..jgn pandang rendah kat org lain...ok ok faham hehe
nah kotoh c prof..dia bangga ne kan ..sekali benda simple dia inda tau ni..
yeah aki memng betul aki..kalau terlampau pandai pun kan susah juga ni..yang benda simple memng dia akan lupa mcm mana mau buat..
dora : thanks for th bible verse
tiap org ada kelebihan dan kepakaran masing-masing..
jgn kita mendabik dada dgn ilmu yg dimiliki sbb ilmu Allah terlalu luas dan kita cuma mengusainya secebis cuma..
hmm..yes, isn't it ironic..pernah sa dgr crita ni..tp lupa pla dari mana..bagus cerita ni..sama juga tu dgn crita banjir besar, dia doa minta tolong tuhan atas atap rumah ..byk ni datang urg datang tolong tp semua pun dia reject, dia blang tuhan akan tolong dia..then tau2 dia mati lemas..abis dia tida sedar pun tuhan suda hantar ramai urg tlg dia tp dia yg p reject..buduh kan.
haa ni la crita yg sy cari2 tu..! haha..remember time sy post entry psl born intelligent but education ruins? xda gunanya tinggi ilmu pengetahuan tp xda adab & xtau mcm mana mau praktikkan.. ^^
satu pengajaran yang mendalam...
hahahha...bah,lepas ni siapa yg tidak tau berenang tu..pigila belajar...hehehe
Post a Comment