Tuesday, November 1, 2011

Cara Untuk Pergi Ke Midvalley daripada Seksyen 18,Shah Alam

Hai semua!! Hari ini si Aki berjaya pegi kerja!! Dengan jayanya.. Walaupun dengan condition semalam dalam post INI, ya,si Aki managed untuk sampai di ofis dengan jayanya.. Tepat pada masanya,walaupun berjalan terhincut-hincut.. (eh,ngam ka tu?)

Ok,setelah 2 tahun berkhidmat di bumi KL ni,berulang aling dari Shah Alam ke Midvalley yang telah menjadi rutin harian si Aki 5 hari seminggu,membuatkan si Aki tahu pelbagai cara untuk pergi ke Midvalley secara terus dari Seksyen 18, Shah Alam.. dan Hari ini si Aki akan menerangkan satu-persatu mengikut giliran percubaan si Aki..




------------------------------

KTM KOMUTER

OK,yang ini memang banyak orang yang sudah tahu.. Stesen KTM Shah Alam terletak di Seksyen 19,yang mana mengambil masa 30 minit tepat berjalan kaki daripada Seksyen 18 (Masa perjalanan bermula diambil di kawasan kedai Seksyen 18).. Anda boleh membeli terus tiket ke Midvalley, dan anda kena bertukar tren di KL Sentral (ataupun 3 stesen lainnya selepas KL Sentral iaitu KL, Bank Negara dan Putra).. Selepas bertukar tren ke Seremban Line, Midvalley hanya 1 stesen selepas KL Sentral..

Stesen KTM Komuter Shah Alam
Stesen KTM Komuter KL Sentral
Stesen KTM Komuter Midvalley


Ok,cerita tentang KTM Komuter ni,dulu waktu mula-mula sampai ke KL,ada kawan si Aki yang mengajar si Aki cara-cara untuk menaiki KTM.. Di KTM Midvalley,beli tiket untuk ke KL Sentral,lepas tu,sampai KL Sentral,beli lagi tiket ke Shah Alam.. Agak lucu sebenarnya sebab tiket tren Midvalley - Shah Alam boleh dibeli terus.. Maklumlah orang baru sampai.. Ha ha ha..

Masa : Shah Alam ke KL Sentral : +- 40 Minit
           KL Sentral ke Midvalley : +- 7 minit

Kos : Shah Alam - Midvalley : RM2.90
         Shah Alam - KL Sentral - Midvalley : RM3.50

selain itu,terdapat satu lagi option untuk KTM,boleh rujuk di SINI.

------------------------------


KERETA / MOTORSIKAL

Ya,ini selalunya terjadi ketika Hari Raya di mana Incik Oyen akan balik ke Tawau,dan dia akan menyuruh si Aki untuk menjaga keretanya.. (kadang-kadang didatangkan bersama pakej menjaga ikan di rumahnya.. Ha ha) Option ini paling digemari si Aki kerana si Aki boleh bangun sangat lambat..

Melalui Federal Highway,dan Tol Batu Tiga,Simpang ke Midvalley hanyalah beberapa ratus meter daripada LRT Kerinchi dan Menara TM..



Masa : Shah Alam ke Midvalley : +-20 minit (bergantung kepada keadaan traffik)

Kos : Shah Alam - Midvalley : RM1.10 (tol) Minyak kenderaan (bergantung kepada kuasa kenderaan anda)

------------------------------


BAS

Ok,yang ini si Aki baru saja cuba,dan agak menarik juga.. Terdapat dua stesen bas di Seksyen 18 yang menghadap Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) dan anda kena mendapatkan bas ini di sana.. Ini kerana bas yang anda akan naiki itu datang daripada arah Sri Muda..


Nombor bas adalah U64 ataupun BETA4.. Perbezaan kedua bas ini adalah, U64 akan terus melalui Federal Highway dan akan mengambil simpang sebelum Menara TM dan Keluar di kawasan Abdullah Hukum manakala BETA4 pula akan melalui Sunway Piramid ,Angkasapuri RTM dan akan terus ke Abdullah Hukum juga.. Last stop bagi kedua-dua bas ini adalah Pasar Seni.. Dan ketika membeli tiket,anda harus memberitahu yang anda akan turun di LRT Bangsar..

Selepas turun di Abdullah Hukum,anda kena berjalan kaki selama +-10 minit untuk sampai ke Midvalley.. Contoh ditunjukkan pada Google Maps di bawah..


Masa : Shah Alam ke Abdullah Hukum : +-35 minit (bergantung kepada keadaan traffik)

Kos : Shah Alam ke LRT Bangsar : Rm2.50

------------------------------


TEKSI

Ini adalah option yang belum pernah dicuba oleh si Aki dan dengar berita, option ini sangat tidak berbaloi berikutan terdapat banyak option lain sepert di atas..

Masa : Shah Alam ke Midvalley : +-15 minit (bergantung kepada keadaan traffik dan pemandu teksi.. hahaha)

Kos : RM50 +-


------------------------------


Ok,itu adalah cara-cara untuk ke Midvalley daripada Shah Alam.. Dan diharapkan,sesiapa yang ingin cuba,dipersilakan.. Dan sesiapa yang tahu cara lain selain daripada ini,mohon berkongsi dengan si Aki.. ^_^.v..

Aki : Harap-harap mampu untuk beli Motorsikal tahun depan.. ^_^.v..

Related Post



15 hacking script:

kay masingan said...

aki KTM dari KL sentral - Midvalley dan sebaliknya terlalu lambatlah..huhuhu

Niena Muhammad said...

akak jarang naik kenderaan awam xkisah la apa pn takut pening... kalo sekejap xpe..

beaty said...

aduh keliru sa ni aki kalau mcm ni..jadi mau pakai apa paling bagus lau p mid valley?

FBS Headmaster said...

Pindah ja terus p KL... haha lagi dekat lagi murah... weh... aku dekat station setia jaya :D

haha

Va Va Voom said...

Ada a few times pi KL tapi belum pernah pi Mid Valley lagi hohohoho..

aiEz said...

detail ni aki,kalau aie sesat kat sana boleh la ye jadi penunjuk arah?hehe

Rose Flower said...

Kalo sa p sana tatap sasat!!!

muhd salman said...

Thanks aki..walaupon org shah alam dan selalau gi mid..tapi sebab baru 1st time naik train, maklumat dari aki sangat membantu....

muhd salman said...

Thanks aki..walaupon org shah alam dan selalau gi mid..tapi sebab baru 1st time naik train, maklumat dari aki sangat membantu....

Anonymous said...

Sy g kl xpyah tol pun,lg dkat jln nye

Anonymous said...

Jauh ,dr shah alam ke kl tanpa tol

abahomestay said...

kalau bercuti di shah alam & tak tau jalan KL/Selangor...elok naik KTM/LRT... senang

Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

Unknown said...

Aki .. klu dari shah alam ke serdang mcm mne ye ?

Anonymous said...

I 1st kene naik bas dekat terminal bas shah alam...I from KTM shah alam nk pergi terminal bas shah alam...Dr KTM tu brape minit yee nk sampai terminal bas shah alam? N Ade Bas ke p sane...

Anonymous said...

Now I am ready to do my breakfast, later than having my
breakfast coming again to read more news.

Sharing is FUN!

[ HOT!! ] This Week Top Rambling..